Skip to main content

Berita

“Dia Pegang Kemaluannya…” - Wanita Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Penghantar Gas

Tong Gas

Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurfawawaa berkongsi detik mencemaskan apabila hampir menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki warga asing yang datang menghantar tong gas ke rumahnya.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, wanita itu memaklumkan kejadian berlaku pada waktu pagi ketika dia bersendirian di rumah selepas suaminya keluar bekerja. 

“Sambil tunggu gas sampai, saya baru nak sarapan. Bila dia datang, saya buka pintu luas-luas dan tunjuk dapur. Saya duduk depan, pintu memang terbuka dan saya biarkan dia seorang di dapur,” tulisnya.

Namun, situasi bertukar cemas apabila lelaki terbabit memanggilnya kononnya untuk memeriksa sama ada api dapur sudah menyala atau tidak.

“Sambil saya tengah check, dia buat bunyi ‘eh eh eh’. Bila saya toleh ke belakang, saya nampak dia pegang kemaluannya. Saya terkejut sangat,” luahnya.

Dalam keadaan panik, wanita itu terus melarikan diri ke bahagian hadapan rumah.

Ketika itu, lelaki berkenaan didakwa masih memasukkan kemaluannya ke dalam seluar sambil meminta maaf sebelum keluar.

“Saya terus hempas pintu depan, kunci rumah dan terus telefon suami. Masa tu saya bertudung, bukan telanjang. Tapi dia tetap buat macam tu,” katanya.

Susulan kejadian itu, Nurfawawaa tampil memberi amaran kepada orang ramai, khususnya golongan wanita, agar lebih berhati-hati apabila membuat pesanan perkhidmatan ke rumah, terutamanya jika bersendirian.

“Tolonglah hati-hati. Jangan order gas dengan orang tak kenal, lagi-lagi bila suami tak ada di rumah,” tegasnya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa marah serta bimbang dengan kejadian itu, selain menggesa mangsa agar membuat laporan polis demi keselamatan orang lain.

Must-Watch Video

Advertisement