Skip to main content

Selebriti

"Dia Sangat Malu Untuk Ke Sekolah" - Linda Hashim Bengang Beego Guna Nama Anak Untuk Tunjuk Diri Baik

Beego guna nama anak

Pelakon Linda Hashim sekali lagi mencuri perhatian selepas meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan bekas suaminya, Beego yang memuat naik video lama anak sulung mereka, Jelita Clarissa yang tidak bertudung.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata dia tidak mahu Beego menggunakan anak-anak sebagai alasan atau melibatkan mereka dalam masalah rumah tangga.

"Anak-anak faham bahawa ibu bapa dia sedang mengalami masalah rumah tangga. Saya tidak mahu melibatkan anak saya dalam isu ini. Jangan guna anak-anak saya untuk beri alasan sampai menggunakan video mereka," katanya ketika ditemui Gempak.

Linda berkata demikian ketika menghadiri Tayangan Perdana Filem Hayya 3: Gaza di Pavillion Bukit Jalil pada Jumaat.

Menurut Linda, video yang dimuat naik itu hanyalah bertujuan untuk Beego menunjukkan imej yang baik kepada orang ramai. 

"Dalam video itu, dia sebenarnya hanya nak menunjuk yang dia rapat dan menjalankan tanggungjawab sebagai ayah padahal hakikatnyaya hanya menggunakan anak saya. Kebetulan anak saya ada lihat video itu dan terus meninggalkan komen. Dia sangat malu untuk ke sekolah. Kesian kat anak saya sebab dia dah pun berhijab," ujarnya.

Terdahulu, anak mereka, Jelita menegur bapanya kerana memuat naik video lama ketika dia masih belum bertudung.

Bagaimanapun, Beego telah memohon maaf pada anaknya setelah menyedari perkara tersebut.

Sebelum ini, Linda dan Beego pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun telah merujuk semula pada 9 April 2023.

Namun, mereka telah bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana tiada persefahaman.

Sekadar rekod, pasangan selebriti itu pernah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Selain Jelita, mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Anggun Cassandra dan Indah Camelia.

Must-Watch Video

Advertisement