Skip to main content

Selebriti

Diana Danielle Cari Peluang Untuk Anak, Jadikan Nabila Huda Sebagai Contoh Terbaik - “Industri Memang Macam…”

Diana Danielle Cari Peluang Untuk Anak, Jadikan Nabila Huda Sebagai Contoh Terbaik - “Industri Memang Macam…”

Sekilas

  • Diana Danielle tidak kisah dianggap menggunakan ‘cable’ untuk melibatkan anaknya dalam dunia lakonan kerana ia peluang yang tidak mahu disia-siakan.
  • Diana menegaskan prestasi anak-anaknya sendiri yang akan menentukan kejayaan mereka dalam industri seni, bukan semata-mata bantuan ibu bapa.
  • Anaknya, Nur Aurora, membuat kemunculan sulung dalam projek supertele Bisikan Pontianak yang turut dibintangi Diana.
Advertisement

Pelakon, Diana Danielle mengakui dirinya tidak kisah jika dianggap menggunakan ‘cable’ atau jalan pintas bagi melibatkan anaknya, Muhammad dan Nur Aurora dalam dunia lakonan.

Menurut Diana, perkara tersebut bukanlah perkara baharu di dalam industri, malah dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk anak-anaknya.

Advertisement

“Nak buat macam mana. Industri memang macam itu. Kalau orang sendiri yang buat permintaan dan peluang jatuh pada saya, tak akan saya nak tolak. Saya sebagai emak, saya akan cari peluang untuk anak-anak,”katanya kepada Gempak.

Diana berkata demikian ketika menghadiri sidang media projek supertele Bisikan Pontianak di Hextar World,Petaling Jaya pada Khamis.

Bagaimanapun, Diana berkata bahawa peluang yang hadir itu juga bergantung pada usaha anak-anaknya sendiri dalam menentukan hala tuju mereka di dalam industri seni.

“Dalam masa sama, guna ‘cable’ atau tidak, prestasi mereka yang akan menetapkan ruang sama ada ia terbuka ke tak untuk mereka. Kalau saya buat macam mana pun, tetapi mereka macam itu juga, industri akan buat pilihan. Mungkin setakat itu sahaja,”ujarnya.

Dalam pada itu, Diana juga menggunakan pelakon, Nabila Huda sebagai contoh bagi situasi dirinya dan anak-anaknya.

Ujar Diana, Nabila berjaya berdiri di atas namanya sendiri, hasil daripada usahanya yang berterusan di dalam industri meskipun pada awalnya dia dikenali sebagai anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search.

“Sebagai contoh, Nabila Huda. Dia dah lama dalam industri. Tapi lihatlah dia seperti mana sekarang. Dulu orang kenal dia sebagai anak kepada Amy Search.

“Sekarang orang tak kisah pun hubungan mereka sebab mereka dah kenal Nabila Huda. Bukan sebab siapa ayah dia tetapi sebab performance dia yang berterusan. Saya jadikan Nabila Huda sebagai contoh kepada anak-anak saya.

“Saya boleh bawa kamu masuk tetapi kamu sendiri kena cari jalan dan tunjukkan pada orang yang awak berhak masuk ke dalam industri,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nur Aurora,11 membuat kemunculan sulung menerusi projek supertele Bisikan Pontianak yang turut dibintangi Diana.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Must Watch Video

Advertisement