Skip to main content

Selebriti

Dianggap Kurang Ajar, Ada Yang 'Sakit Mata' Tengok Linda Rafar Balas Komen Netizen - "Mulut Dia Memang..."

Linda Rafar Kurang Ajar

Penyanyi, Linda Rafar menyorot perhatian netizen selepas membalas komen netizen di media sosial dengan cara sinis sekali gus menimbulkan rasa kurang senang ramai.

Segalanya bermula selepas Linda memuat naik gambarnya ketika mengadakan konsert Elite pada Sabtu lalu.

Namun, kapsyen yang ditulis telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen yang melihat hantaran tersebut. 

Seorang pengguna meninggalkan komen dengan mendakwa Linda sendiri yang membuka aib, bukan orang lain. Membalas komen itu, Linda menulis:

Advertisement

"Jual selipar ke. Kesian, berapa satu. Meh saya tolong beli," katanya penuh sinis.

Tidak berhenti di situ, seorang lagi netizen menegurnya kerana tidak memaafkan orang sedangkan dirinya sendiri melanggar hukum Allah. Membalas komen itu, Linda tampil dengan reaksi ringkas namun cukup pedas:

"Ustazah ke," perlinya.

Insiden itu menjadi semakin panas apabila seorang individu berkongsi semula perbualan berkenaan di Threads kerana tidak menyangka penyanyi yang terkenal menerusi lagu Sujud itu memberi respon sedemikian.

"Aku speechless, tak sangka dia reply macamtu," tulis individu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Linda yang disifatkan sebagai angkuh dan tidak wajar.

"Bongkaknya.

"Patut muhasabah diri.

"Selama ni dia join usrah untuk apa.

"Mulut dia memang macam tu dari dulu," komen netizen.

Terdahulu, Linda menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang melemparkan kata-kata celaan serta mengaibkan penampilannya di konsert Elite Live In Kuala Lumpur.

Konsert berdurasi dua jam itu berjaya mengumpulkan lebih 2000 peminat setia, menampilkan Linda bersama Abby Abadi, Watie Sadali, Sasha Saidin dan Azza Zawari.

Must-Watch Video

Advertisement