Skip to main content

Selebriti

Didakwa Hina Netizen, Prince Syed & Isteri Dikecam – "Selama Kau Sakit, Netizen Ni Yang Mendoakan Kau"

Perli

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads kecewa dengan video yang dimuat naik oleh Prince Syed dan isterinya, Fatin, yang dianggap menghina netizen yang sebelum ini mendoakan kesihatan Fatin.
  • Ibu mentua Prince Syed mendakwa menantunya melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga berjumpa, serta Fatin mengalami komplikasi kesihatan selepas pembedahan bariatrik.
  • Prince Syed menafikan tuduhan tersebut dan Fatin menjelaskan suaminya tidak pernah memaksanya menjalani pembedahan untuk tujuan menjual produk pelangsingan.

Seorang pengguna di Threads meluahkan rasa terkilan dan kecewa selepas pempengaruh Prince Syed bersama isterinya, Fatin memuat naik sepotong video live di media sosial baru-baru ini.

Individu tersebut tidak menyangka pasangan itu mengeluarkan kata-kata yang dianggap menghina netizen, sedangkan ramai yang sebelum ini menyokong serta mendoakan kesihatan Fatin.

"Kalian nilailah sendiri betapa jahatnya mulut Fatin. Selama kau sakit, netizen ni la yang doakan kau. Kau hina kami netizen yang selama ni sokong kau. Manusia tak kenang budi. Sudah korang semua. Lepas ni tak perlu up cerita pasal mereka. Dia pun tiada ucap terima kasih kat netizen yang doakan dia," tulis pengguna tersebut.

 

Terdahulu, ibu mentua kepada Prince Syed mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam satu video lain yang turut tular, wanita terbabit mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.

Sementara itu, hantaran lain di media sosial turut mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.

Bagaimanapun, Prince Syed menafikan semua tuduhan berkenaan dan isterinya sendiri, Fatin Syazwani, tampil menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah memaksanya menjalani prosedur tersebut semata-mata untuk menjual produk pelangsingan seperti yang tersebar di media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement