Skip to main content

Selebriti

Dihubungi Janna Nick Ketika Live, Azar Azmi Gagal Tahan Sebak - "Aku Tak Nak Susahkan Sesiapa..."

WhatsApp Image 2026 04 14 at 12.17.43 PM

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi menangis ketika menerima panggilan daripada Janna Nick semasa live TikTok bersama Datuk Seri Aliff Syukri.
  • Azar menjelaskan dia tidak mahu menyusahkan sesiapa dan tidak menghubungi Janna selepas isu penipuan yang melibatkan dirinya berlaku.
  • Janna menyarankan Azar diberi ruang dan Azar pula menjelaskan live itu dibuat untuk mencari rezeki kerana tiada pendapatan sekarang.

Pelakon Azar Azmi mencuri perhatian ramai selepas menerima panggilan daripada rakan industri, Janna Nick ketika sedang membuat live TikTok bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian live oleh seorang pengguna di Threads, Azar dilihat gagal menahan air mata sebaik sahaja mendengar suara Janna.

Ketika Janna bertanya kepada Azar mengapa tidak menghubunginya ketika kejadian isu penipuan berlaku, Azar berkata bahawa dia tidak mahu membabitkan sesiapa dalam masalah peribadinya.

"Aku tak nak susahkan orang," katanya dalam keadaan sebak.

Dalam hantaran yang sama, Janna turut berkongsi bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi pada rakannya itu setelah lama terputus hubungan.

"Saya tak tahu apa kejadian sebenarnya dan Azar tak hubungi saya selepas ia terjadi. Saya tak mahu pressure Azar," kongsinya.

Dalam masa sama, Janna turut meluahkan bahawa ia bukan masa yang sesuai untuk Azar muncul dalam live Aliff selepas apa yang diharunginya, baru-baru ini.

"Saya rasa bukan masa yang sesuai untuk Azar muncul dalam Live dan saya rasa datuk patut beri ruang pada Azar,"ujarnya.

Bagaimanapun, Azar tampil menjelaskan bahawa tujuan asalnya untuk membuat live bukanlah kerana mempunyai niat yang salah, namun Aliff hanya berkongsi rezeki dengannya memandangkan dia kini sudah tiada pendapatan.

"Benda ni tak plan nak buat live sebab tiada niat lain pun. Aku tiada punca pendapatan. Tak sangka rezeki datang. Semua orang tahu datuk buat live punca rezeki tetapi aku tak sangka dia nak kongsi rezeki dengan aku,"jelasnya.

Perkongsian tersebut menyorot perhatian ramai dengan rata-rata turut simpati dengan nasib yang dilalui oleh Azar selain mereka menitipkan kata-kata semangat buatnya.

Terdahulu, Janna pernah mendedahkan mengenai rakan artisnya yang didakwa terlibat dengan isu penipuan selepas tiba-tiba menghilang secara tiba-tiba.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement