Selepas melalui fasa penceraian, bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof mencuri perhatian ramai selepas dilihat semakin ceria dan bahagia.
Dr. Afifah atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie memuat naik video bersama rakan-rakannya yang memaparkan mereka mengikuti tarian 'trend' di TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perubahan positif tersebut selain memuji penampilan Dr. Fie yang disifatkan semakin berseri.
"Selepas bercerai, Dr fie kelihatan lebih baik, segak dan auranya semakin terserlah. Dia dilihat lebih Berjaya dan tenang dengan penceraiannya.
"Terus nampak Fie seperti duduk di alam remaja. Semoga sihat selalu Fie.
"Dr Fie nampak bertambah cantik," kata mereka.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.