Skip to main content

Antarabangsa

Dinosaur terbesar Asia Tenggara Ditemui Di Thailand

Astrogempak DINO

Sekilas

  • Sekumpulan saintis menemui spesies dinosaur gergasi baharu bernama Nagatitan chaiyaphumensis di timur laut Thailand.
  • Dinosaur ini dianggarkan seberat 27 tan dan sepanjang 27 meter, menjadikannya yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara.
  • Penemuan fosil ini memberikan maklumat baharu tentang kepelbagaian spesies dinosaur di rantau Asia Tenggara pada zaman prasejarah.
Advertisement

Sekumpulan saintis mengenal pasti spesies baharu dinosaur gergasi berleher panjang hasil penemuan fosil di timur laut Thailand, yang dipercayai sebagai dinosaur terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara.

Laporan Reuters menyebut dinosaur itu dinamakan Nagatitan chaiyaphumensis dan dianggarkan seberat kira-kira 27 tan, bersamaan sembilan ekor gajah Asia dewasa, serta berukuran sekitar 27 meter panjang.

Advertisement

Penemuan fosil berkenaan dibuat di wilayah Chaiyaphum, timur laut Thailand dan hasil kajian itu diterbitkan dalam jurnal saintifik Scientific Reports.

Menurut saintis, spesies berkenaan tergolong dalam kumpulan dinosaur sauropod, iaitu dinosaur herbivor berleher panjang yang pernah hidup jutaan tahun lalu.

Penyelidik percaya Nagatitan chaiyaphumensis merupakan dinosaur terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan saiz fosil yang ditemukan setakat ini.

Penemuan itu sekali gus memberikan petunjuk baharu mengenai kepelbagaian spesies dinosaur yang pernah menghuni rantau Asia Tenggara pada zaman prasejarah.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement