Pelakon, Eyra Hazali berdepan detik cemas apabila anak ketiganya, Hud Ezqandar, disyaki menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Menerusi perkongsian di platform Threads, Eyra atau nama sebenarnya Hazira Qasdina Hazali meluahkan kebimbangannya sambil meminta pandangan ibu bapa yang pernah berdepan situasi sama.
Menurut Eyra, tiga doktor memaklumkan bahawa Hud berkemungkinan terkena HFMD, namun simptom yang ditunjukkan tidak begitu menepati jangkitan tersebut.
"Tiga doktor cakap Hud kena HFMD tapi tiada pun ruam. Bintik kecil pun satu dua je ada. Kemaluan dia pun tiada. Ulser dalam mulut pun kat area tonsil. So nak tahu ada ke anak yang kena HFMD tapi tak muncul banyak bintik atau ruam.
Katanya lagi, hari ini sudah masuk hari keenam anaknya mengalami simptom berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ibu bapa tampil berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan apa yang dilalui Eyra.

Ada juga beberapa doktor dan orang awam yang menjelaskan bahawa simptom tersebut lebih menyerupai herpangina, iaitu jangkitan virus dari kumpulan yang sama seperti HFMD.

Sekadar rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish (5 tahun), Muhammad Endra Haqimie (3 tahun) dan Muhammad Hud Ezqandar.