Skip to main content

Berita

Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Di Sebuah Premis Perniagaan, Lelaki Tempatan Berusia 55 Ditahan Polis

Gangguan Seksual

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita berusia 25 tahun di sebuah lot kedai di Gerik.
  • Mangsa merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit sebelum suspek melarikan diri dan kemudian ditahan di Hentian Bas Gerik pada malam yang sama.
  • Suspek yang merupakan penganggur dan pernah menerima rawatan kesihatan mental kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Advertisement

Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis selepas dipercayai melakukan gangguan seksual di sebuah lot kedai pada Khamis.

Suspek yang berusia 55 tahun itu ditahan di Hentian Bas Gerik sekitar jam 9.45 malam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.57 petang hari yang sama.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman, kejadian difahamkan berlaku ketika seorang wanita berusia 25 tahun sedang bekerja di premis berkenaan.

“Mangsa terdengar bunyi mencurigakan sebelum bertindak memeriksa dan mendapati seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap dirinya.

“Mangsa kemudian merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit serta menegur suspek sebelum lelaki berkenaan beredar dari lokasi,” katanya.

Siasatan pihak polis juga mendapati suspek merupakan seorang penganggur dan belum pernah berkahwin serta pernah menerima rawatan berkaitan masalah kesihatan mental.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular satu video memaparkan kejadian tersebut sehingga menuai pelbagai respon daripada warganet di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement