Skip to main content

Selebriti

Ditinggalkan Di Kawasan Tempat Kerja, Wanita Dir*gol Dua Lelaki Selepas Ditumpangkan

ROGOL PEREMPUAN

Sekilas

  • Seorang wanita di Uttarakhand, India, menjadi mangsa rogol bergilir oleh dua lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
  • Dua suspek, Rahul Das dan Furqan, ditahan dalam masa 24 jam selepas laporan dibuat oleh mangsa.
  • Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut dan menunggu laporan forensik untuk mengukuhkan kes tersebut.

Seorang wanita berdepan detik hitam apabila dia diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki di Uttarakhand, India ketika mahu ke tempat kerja pada Selasa lalu.

Dua suspek dikenali sebagai Rahul Das dan Furqan ditahan dalam tempoh 24 jam selepas mangsa membuat laporan.

"Siasatan awal mendapati pelaku menawarkan tumpangan kepada mangsa ke tempat kerja di kawasan perindustrian di daerah Udham Singh Nagar.

"Kedua-duanya menodai wanita itu dalam kereta yang masih bergerak. Dia kemudiannya ditinggalkan di kawasan berhampiran tempat kerjanya," kata jurucakap pihak berkuasa.

Menurutnya, kereta digunakan pelaku turut berjaya ditemui.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan. Kami menanti laporan forensik dan bukti lain untuk mengukuhkan lagi kes tersebut," jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement