Skip to main content

Selebriti

Diugut Rogol & Bunuh, Pempengaruh Sharina Richie Buat Laporan Polis - “Buli Adalah Jenayah…”

Sharina Buat Laporan Polis

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Sharina Richie bertindak membuat laporan polis selepas menerima pelbagai bentuk ancaman terhadap diri dan keluarganya.

Antara bentuk ancaman yang diterimanya termasuklah ugutan merogol, membunuh serta niat untuk mencederakan sekali gus memberi tekanan kepada dia dan kelurga.

Advertisement

"Buli adalah jenayah tak kira pada siapa pun, terima kasih pihak PDRM kerana telah menyiasat dengan tulus dan pantas," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, dia dan peguam, Tun Laila berada di hadapan ibu pejabat polis daerah Kajang selepas selesai membuat laporan berkenaan.

"Saya dah buat laporan polis ke atas kes yang viral terhadap diri saya baru-baru ni. Saya menerima banyak ancaman terhadap saya dan keluarga seperti ancaman merogol, membunuh, memukul dan bermacam lagi yang memberi tekanan pada saya dan keluarga. Saya harap pihak polis boleh bantu saya juga," katanya

Dalam video sama, Tun Laila juga menegaskan perkara ini adalah keterlaluan kerana ia melibatkan keselamatan dan melanggar hak asasi manusia.

"Dia bermula dari media sosial, kalau pendapat daripada orang sahaja tidak mengapa tetapi bila melibatkan ugutan jenayah ia adalah kes yang berbeza. Saya tak rasa itu perlu dan dia perlu juga buat laporan ini sebab ia melibatkan keselamatan dan keluarga dia.

"Tambah lagi, dia adalah seorang perempuan yang banyak bergerak. Jadi ini sangat memberi kesan padannya. Semoga dapat kerjasama yang baik dari piak polis dan orang lain. Insyaallah, kita masih dalam proses," jelasnya.

Berikut merupakan video penjelasan Tun Laila.

Terdahulu, Sharina berdepan konflik bersama pelakon, Aaron Aziz selepas memuat naik sebuah video yang mengecam tindakan Aaron berkaitan isu Palestin sehingga mencetuskan perdebatan netizen.

Walaubagaimanapun, dia telah memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Aaron, namun dia masih menerima kritikan hebat dari netizen.

Must-Watch Video

Advertisement