Skip to main content

Berita

"Doakan Anak Ini Menjadi Anak Yang Soleh" - Farhatul Fairuzah Timang Cahaya Mata Sulung

Farhatul Kini Bergelar Ibu

Johan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut selamat menimang cahaya mata lelaki.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Farhatul menerusi Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur serta memohon doa agar anak sulungnya membesar sebagai anak soleh dan taat kepada perintah Allah.

"Alhamdulillah. Dengan rasa syukur, saya telah melahirkan anak pertama lelaki pada 2 September, hari Selasa.

"Bertambah seorang umat Rasulullah SAW pada bulan mulia Rabiul Awal.

"Doakan anak ini menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan Rasul.

"Membawa umat cinta pada Allah dan Rasul-Nya," tulis Farhatul.

Dalam pada itu, dia turut berharap agar mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan sebaiknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pendakwah, rakan artis dan netizen tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah selain mendoakan kesejahteraan ibu dan anak.

"Semoga menjadi pewaris mutawif bertaqwa.

"Alhamdulillah tahniah adikku dan juga suami. Semoga anak menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.

"Alhamdulillah, masya-Allah tahniah Farhatul.

"Masya-Allah, Alhamdulillah, tahniah adik dan suami. Selamat berpantang. Semoga sentiasa sihat buat ibu dan anak," komen mereka.

Sekadar rekod, Farhatul mendirikan rumah tangga bersama suami, Ilham Amri pada 15 Disember lalu.

Advertisement

Must-Watch Video