Skip to main content

Berita

Doktor Temui Dua Janin Dalam Perut Bayi 20 Hari

Kaki Baby

Seorang bayi berusia 20 hari menjalani pembedahan mencabar untuk mengeluarkan dua janin dari perutnya.

 

Keadaan dua janin atau foetus in foetu itu jarang berlaku dan kurang daripada 200 kes dilaporkan di seluruh dunia dan sebahagian besar daripadanya di India.
 

Advertisement

Pakar bedah pediatrik, Dr Anand Sinha berkata, kejadian itu terjadi selepas ibunya hamil kembar tiga, namun dua daripada janin membesar dalam perut bayi berkenaan.
 

"Pembedahan itu agak mencabar, namun kondisi bayi tersebut semakin baik. Tiada komplikasi timbul selepas sebulan prosedur berkenaan," ujarnya yang mengetuai surgeri bersama 15 doktor.
 

Difahamkan, bayi perempuan tersebut dimasukkan ke Fortis Memorial Research Institute di Gurugram, negeri Haryana pada Julai lalu.
 

"Dia mengalami perut kembung dan tidak selesa kerana janin tersebut," jelas Sinha sambil menambah pemeriksaan imbasan yang dibuat mengenal pasti bentuk seperti tumor yang sebenarnya ialah janin cacat.


Pada 2024, bayi berusia tiga di Kolkata meninggal dunia sehari selepas dia menjalani pembedahan untuk membuang dua janin dari perutnya.


Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video