Skip to main content

Berita

Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat Ahli RXZ, Mohon Pelaku Tampilkan Diri & Bertanggungjawab - “Jalan Raya Tempat Beri Akhlak, Bukan Keberanian Sia-Sia”

Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat Ahli RXZ, Mohon Pelaku Tampilkan Diri & Bertanggungjawab  - “Jalan Raya Tempat Beri Akhlak, Bukan Keberanian Sia-Sia”

Sekilas

  • Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohammad Al-Bakri menasihati penunggang motosikal terutama peserta program RXZ 8.0 supaya lebih berhati-hati dan menghormati pengguna jalan raya lain.
  • Beliau menyeru agar jalan raya dijadikan tempat menunjukkan akhlak dan bukan keberanian yang sia-sia dengan mengawal kelajuan dan mengutamakan keselamatan.
  • Dr Zulkifli juga menggesa pelaku kemalangan yang melibatkan tiga motosikal RXZ yang melanggar lampu merah supaya tampil ke balai polis dan bertanggungjawab sepenuhnya.
Advertisement

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohammad Al-Bakri menitipkan pesanan kepada penunggang motosikal terutama peserta program RXZ 8.0 yang telah mengakibatkan sebuah kemalangan di Buluh Gading Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Zulkifli memohon agar penunggang lebih berhati-hati dan menghormati pengguna jalan raya yang lain.

Advertisement

“Berhati-hatilah di jalan raya. Janganlah kegembiraan kita menjadi kesusahan kepada orang lain.

“Marilah jadikan jalan raya sebagai tempat memberikan akhlak, bukan keberanian yang sia-sia. Hormatilah pengguna jalan raya yang lain, kawal kelajuan dan utamakan keselamatan,”tulisnya.

Dalam masa sama, Dr Zulkifli turut menggesa pelaku yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil munculkan diri dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.

“3 biji RXZ yang melanggar lampu merah dan menyebabkan punca utama kejadian ini, sila tampil ke balai polis dan bertanggungjawab,”katanya

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement