Berita
DSV Buat Make Over, Cik B Pergi Memancing
Siapa sangka selain berbakat dalam bidang perniagaan Datuk Seri Vida (DSV) juga hebat dalam hiasan dalaman.
Dalam The House keempat minggu ini, DSV diberi tugasan untuk melakukan make-over untuk sebuah salon kecantikan di Janda Baik.
Bukan main semangat DSV apabila diberi tugasan tersebut dan sanggup meninggalkan suaminya Fairoz dan anak-anaknya di The House.
Khabarnya DSV juga telah memanggil DSV Squad untuk membawa almari ke salon kecantikan yang akan dimake over olehnya.
Sementara itu Fairoz pula terpaksa mengambil alih tugas seorang ibu di The House menguruskan Kacak dan Cik B dan menyiapkan sarapan untuk anak-anak kesayangannya itu.
Agak melucukan apabila Cik B menghabiskan Ommelette yang dimasak bapanya kerana terlalu sedap!
Amboi Cik B...sedap sangat ke Ommelette yang papa buat tu?
Yang paling penting, Cik B yang paling seronok kerana dapat menjalankan aktiviti yang paling digemarinya, iaitu memancing!
Wow! Hebatnya Cik B...Jarang-jarang kanak-kanak perempuan ada hobi memancing tau! Dengarnya Cik B merajuk, eh! kenapa ya?
Walaupun begitu, ada momen yang istimewa dan sweet dalam episod keempat ini, apabila DSV mengalirkan air mata terharu apabila anak-anak dan suami membuat kejutan kepadanya.
Apa yang membuatkan DSV menangis agaknya ya? Kalau iya pun terkejut dengan surprise oleh anak-anak dan suami, takkanlah sampai menangis?
Kalau nak tahu, banyak lagi cabaran yang terpaksa dilalui DSV dan anak-anaknya dalam episod minggu ini, tonton ---> THE HOUSE sekarang!
Oh ya! Jangan lupa saksikan juga DSV dan keluarganya di kaca televisyen dalam The House 2 yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 7 Disember (malam ini).
Must-Watch Video