Skip to main content

Berita

Dua Penjawat Awam Dicekup Khalwat Dalam Pantri Pejabat Akan…

2 penjawat awam

Sekilas

  • Dua penjawat awam Kementerian Kesihatan ditahan kerana disyaki berkhalwat di pantri pejabat Wisma Kerajaan Gua Musang pada Khamis lalu.
  • Kertas siasatan kes tersebut sedang disiapkan dan akan dibawa ke tindakan pendakwaan.
  • Mereka dipercayai sering masuk berdua-duaan ke pantri tanpa alasan jelas sejak tiga bulan lalu sebelum ditahan.
Advertisement

Kes dua penjawat awam Kementerian Kesihatan yang ditahan kerana disyaki berkhalwat di pantri pejabat di bangunan Wisma Kerajaan di Gua Musang, Khamis lalu, kini dalam proses untuk pendakwaan.

 

Advertisement

Menurut sumber, pasangan lelaki dan wanita itu ditahan kira-kira jam 4 petang selepas dipercayai berada berdua-duaan di dalam pantri pejabat jabatan berkenaan.

 

“Kertas siasatan kes berkenaan dalam proses untuk disiapkan dan akan diangkat ke tindakan pendakwaan,” katanya kepada Sinar Harian. 

 

Sebelum ini, akhbar melaporkan, mereka dipercayai berada di dalam pantri dengan pintu berkunci sehingga anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan terpaksa membuka pintu secara paksa.

 

“Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.

 

“Difahamkan, tindakan mereka itu sebelum ini turut diperhatikan kakitangan lain apabila dipercayai sering masuk berdua-duaan ke pantri tanpa alasan yang jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu,” katanya.

 

Sumber - Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement