Skip to main content

Berita

Dua Tahun Dirogol, Wanita Nekad Potong Kemaluan Bapa Mentua

Dua Tahun Dirogol, Wanita Nekad Potong Kemaluan Bapa Mentua

Sekilas

  • Seorang wanita di Uttar Pradesh, India, memotong kemaluan bapa mentuanya selepas mendakwa lelaki itu memperkosa dan mengganggunya selama dua tahun.
  • Warga emas berusia 67 tahun itu kini dirawat di hospital daerah akibat kecederaan serius, manakala wanita tersebut ditahan polis untuk siasatan.
  • Polis sedang menyiasat kes berdasarkan keterangan beberapa pihak, selepas wanita itu mendakwa tiada tindakan diambil walaupun pernah membuat aduan sebelum ini.
Advertisement

Seorang wanita memotong kemaluan bapa mentuanya menggunakan pisau pemotong kuku selepas mendakwa lelaki berusia 67 tahun itu memperkosa dan mengganggunya secara berterusan selama dua tahun.

Kejadian itu berlaku di Safipur Patti, Jalan Chanderi, kawasan Budhana, Muzaffarnagar di Uttar Pradesh, India pada Jumaat lalu.

Advertisement

Warga emas itu dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) untuk mendapatkan rawatan. Namun, doktor merujuknya ke hospital daerah kerana kecederaan tersebut agak serius.

Polis yang menerima aduan segera menahan wanita berkenaan untuk disoal siasat.

Ibu kepada dua anak dikenali sebagai Syeda mendakwa perbuatan tidak senonoh itu berlarutan selama dua tahun memandangkan suaminya yang bekerja sebagai penarik beca di Haryana jarang berada di rumah.

Laporan awal mendapati dia pernah membuat aduan kepada komuniti di kawasan kejiranannya, namun tiada tindakan diambil.

Pegawai Polis Lingkaran Budhana, Gajendra Pal Singh berkata, mereka sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu berdasarkan keterangan daripada beberapa pihak. - Agensi

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement