Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Duo Star: Recap Komen Juri Malam Konsert Pertama

Muhammad Ridhwan Roslan 25/12/2016 | 16:36 MYT
Konsert pertama Duo Star telah menyaksikan lapan pasangan berduet menyanyikan lagu pilihan mereka.
Mereka ialah Aepul & Haiza, Firman & Ayai, Kaka Azraf & Awi Rafeal, Ila Damia & Yassin, Syamel & Erni Zakrie, Ronnie Hussein & Sarah Fazny, Ning Baizura & Harris Baba serta Asfan & Awera.
Sementara itu, pasangan duo Syamel & Erni Zakrie menyanyikan lagu I Want to Spend Life Time with You diumumkan sebagai persembahan terbaik yang membawa hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dan baucer Go Shop sebanyak RM1,000.
Persembahan terbaik dinilai menerusi kekuatan vokal, kreativiti dan keserasian Duo Star di atas pentas.
Dalam pada itu, Illa Damia & Yassin dan Aweera & Asfan berada di kedudukan kedua terbawah dan bakal beretap di pusingan battle dengan menyanyikan lagu Isabella pada minggu hadapan.
Berikut merupakan komen-komen yang diberikan oleh juri profesional:
1. Aepul & Haiza – Romancita: “Persembahan pembukaan yang baik, Aepul pada mulanya gementar sedikit tetapi dihujung-hujungnya keyakinan itu telah ada, kena banyakkan lagi harmoni dengan Haiza.” – Datuk Acis
2. Awi Rafael & Kaka Azraf – Aku Dan Dirimu: “Gandingan serasi dan suara rock habis, cuma dalam pertandingan kena cari kelainan dan jangan sama dengan lagu yang original – Adibah Noor
3. Firman & Ayai – Makhluk Tuhan Paling Seksi:” Mula-mula saya dah terbayang mesti Ayai akan buat gaya yang seksi, tapi lain jadinya. Firman kena belajar dengan Ayai bagaimana nak jadi harmonikan lagu serta nak jadi truly performer” – Datuk Hattan
4. Yassin & Illa Damia – Dua Insan: “Ini adalah satu gabungan yang banyak buat homework cuma pilihan lagu itu agak bosan, lagu ini nampak macam mendatar sikit serta impak pun tak banyak.” – Datuk Acis
5. Syamel & Erni Zakrie – I Want To Spend My Life With You: “Satu perkataan sahaja, perfect, sempurna, lagu ini sebenarnya susah nak nyanyi dan anda berdua berjaya. Lagi satu saya minta, stop kaitkan Ernie ini anak buah kepada Anuar Zain kerana dia boleh berdiri dengan bakat sendiri.” – Adibah Noor
6. Ronnie Hussein & Sarah Fazny – Bagaikan Sakti: “Saya suka , suara pun sedap tapi flow menyanyi itu sama dengan Datuk Siti dan M.Nasir kena keluar daripada kepompong yang biasa, secara keseluruhan ia adalah baik.” – Datuk Hattan
7. Harris Baba & Ning Baizura – Hanya Memuji: “Bagi saya Ning Baizura penyanyi senior yang mahir dalam industri ini, Harris kena banyak belajar dengan Ning kerana persembahan tadi awak dah kena makan habis dengan Ning.” – Datuk Acis
8. Asfan & Aweera – Sakitnya Tuh Di Sini & Nirmala: “Dalam satu band ada dua orang vokalis, kekuatan vokal Aweera memang kita tahu dia memang rock, kamu berdua kena ada kesefahaman dalam nyanyian, tak nampak macam pertandingan Duo.” - Datuk Hattan
Duo Star disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (132) dan dihoskan oleh pengacara Datuk Ac Mizal.
Format permarkahan adalah 100 peratus dari juri profesional.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
#Duo Star
;