,
Berita

“Eh Eh, Dia Belit Pula Kaki Ni” – Umie Aida Cerita Detik Bawa Ular

Mya Amri
10/04/2018
08:08 MYT
Pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida akui tidak mudah untuk berjalan sambil membawa dua ekor ular sebagai gimik filem tersebut di Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Umie, membawa dua ekor ular seberat 50 kilogram merupakan cabaran besar buat dirinya.
“Ini bukan pasal takut ular, takut memanglah tapi bila dah pegang malas nak fikir takut.
“Yang sukarnya berat dua ekor ular tu, 50 kg. Lebih comel, seekor ular suka belit kaki, payah me nak jalan. #dukun #ame2018 #akhirnyakitabertemu @kazamapetsstore,” tulisnya diakaun Instagram semalam.
[BACA: AME2018: Tudung Bunga Telur Neelofa Dan Ular Sawa Umie Aida]
Dalam pada itu, program MeleTOP juga ada berkongsi sedutan pendek detik Umie yang memegang ular berkenaan ketika berada di belakang pentas.
Video yang dirakam oleh pihak MeleTOP itu dikongsi menerusi Instagram @meletop.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 500,000 kali.
Terdahulu, Umie Aida telah muncul secara tiba-tiba dengan memakai kebaya merah dan membawa dua ekor ular sawa sewaktu pertengahan acara AME2018.
Selain lampu dimalapkan, kemunculan Umie disertakan juga dengan runut bunyi filem Dukun menambahkan lagi mood seram.
Foto: Instagram @umieaida9 / @meletop
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Umie Aida Lebih Fokus Majlis Ilmu - “Alhamdulillah, Saya Makin Seronok”

gempak
04/01/2024
04:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Sumbang Mahram Dengan Anak, Lelaki Ini Dakwa 'Diperintah' Dukun Bunuh 7 Bayi Kalau Nak Kaya-Raya

gempak
27/06/2023
23:44 MYT
Masalahnya kaya ker tak?
Laman Utama

Kahwin Lebih Dua Dekad, Isteri Tak Tahu Mbah Slamet Dukun Pengganda Wang & Bunuh 12 Orang

gempak
06/04/2023
01:53 MYT
Kisah kejam Mbah Slamet terus jadi perhatian.