Skip to main content

Berita

Enggan Kahwin, Wanita Disuntik Darah HIV

Astrogempak HIV

Sekilas

  • Seorang lelaki positif HIV di Hyderabad, India, menyuntik darah tercemar kepada kekasihnya selepas enggan berkahwin.
  • Kekasihnya yang kecewa membatalkan perkahwinan dan kemudian mengambil nyawanya sendiri akibat tekanan dan kesakitan.
  • Lelaki tersebut kini ditahan dan dikenakan perintah reman oleh mahkamah atas perbuatannya.
Advertisement

Gara-gara enggan berkahwin, seorang lelaki yang positif HIV tergamak menyuntik darahnya yang tercemar virus itu kepada kekasihnya.

Mangsa berusia 24 tahun yang kecewa dengan perbuatan teman lelakinya bagaimanapun menghabiskan nyawanya sendiri dalam kejadian di Hyderabad di selatan India pada bulan lalu.

Advertisement

Pada mulanya, keluarga si gadis merancang perkahwinan mereka dan lelaki tersebut menjalani ujian HIV pada September 2025.

Kekasihnya yang terkejut bertindak segera membatalkan rancangan untuk mengikat tali cinta sehingga mengundang kemarahan pelaku.

"Dia disuntik dengan paksa hingga mengalami sakit pada badan dan diserang demam pada keesokan harinya.

"Gadis itu yang tidak berfikir panjang mengambil jalan singkat tersebut malah meninggalkan sepucuk surat meminta maaf kepada keluarganya," menurut laporan NDTV.

Difahamkan, lelaki tersebut telah ditahan dan dikenakan perintah reman oleh mahkamah.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement