Skip to main content

Selebriti

Erma Fatima Kecewa Karya Selalu Kena Banned, Nak Hasilkan Drama 'Klise' Saja Lepas Ni 

Erma Fatima dedah banyak karya banned

Pengarah, Erma Fatima meluahkan rasa kecewa apabila karyanya sering kali berdepan masalah sehingga dibanned.

Menerusi perkongsian di Threads, Erma yang juga dikenali dengan watak Mak Cun itu berkata dia tidak menyangka perlu menempuh dugaan sebegitu hanya kerana menghasilkan karya yang berbeza.

Advertisement

“Ternyata banyak juga karya aku kena banned sebelum ni ya. Hm, payah jugak jadi pengkarya yang melawan arus,” tulisnya.

Disebabkan itu, Erma berseloroh mengatakan selepas ini dia hanya akan menghasilkan drama "cliche" seperti tema penyondol dan cinta terlarang yang sering dipaparkan di kaca televisyen.

“Lepas ni kita buat cerita penyondol dan cinta terlarang je lah. Tu confirm tak kena banned. Dah pokai ni,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Erma selain turut mengakui jalan cerita drama tempatan kini hampir sama sahaja.

"Ada satu stesen tv popular sentiasa sangat buat drama macam tu kak erma. Bosan dah. Kami nak kelainan. Macam karya kak erma saya suka la.

"Harap karya kak erma berikan banyak pengajaran pada penonton.

"Nampak best cerita ni part last tu tengok kejap je dah nak nangis," komen netizen.

Terdahulu, Erma mencuri perhatian apabila dilihat membawa diri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas drama terbarunya, Pondan itu menerima kecaman hebat daripada netizen.

Ia susulan dakwaan pelakon transgender dalam karya berkenaan terlibat dengan penjualan video seks.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement