Sekilas
- Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABP37 dengan 124 juta undian dan turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.
- Majlis ABP37 berlangsung di Hotel Primeira, Kuala Lumpur dan dihoskan oleh Raja Azura serta Shiha Zikir.
- Senarai pemenang lain termasuk Jazmi Juma, Umai Umairah, Hael Husaini, KRU, Fattah Amin, dan Alleycats menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Penyanyi, Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung pada Jumaat.
Menurut Ernie, dia sama sekali tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut.
“Saya nak balik tadi sebab tak terfikir akan menang.
“Terima kasih kepada semua yang mengundi. Jauh sungguh fikiran saya untuk dapat anugerah ini tapi saya memang tak boleh nak cakap.
“Doakan saya supaya saya dapat buat yang lebih baik,” ujarnya.
Bagi anugerah tersebut Ernie dinobatkan sebagai pemenang selepas meraih undian sebanyak 124 juta undian dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan sebuah trofi.
Selain itu, Ernie turut merangkul anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.
Majlis anugerah yang bersiaran di Hotel Primeira, Kuala Lumpur itu dihoskan oleh Raja Azura dan Shiha Zikir.
ABPBH 37 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Aisha Retno, Akim Ahmad, Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Syazwan dan ramai lagi.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi 23 kategori di ABP37:
Artis Baharu Lelaki Popular
Jazmi Juma
Artis Baharu Wanita Popular
Umai Umairah
Penyanyi Lelaki Popular
Hael Husaini
Penyanyi Wanita Popular
Ernie Zakri
Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
KRU
Aktor Filem Popular
Fattah Amin
Aktres Filem Popular
Sweet Qismina
Aktor Pembantu Filem Popular
Adam Lee
Aktres Pembantu Filem Popular
Heliza Helmi
Aktor TV Popular
Zahiril Adzim
Aktres TV Popular
Emma Maembong
Aktor Pembantu TV Popular
Nazim Othman
Aktres Pembantu TV Popular
Raja Azura
Penyampai Radio Popular
Haiza
Pengacara TV Popular
Fiza Sabjahan
Artis Komedi Popular
Joey Daus
Gandingan Serasi Drama Popular
Shukri Yahya dan Anna Jobling
Gandingan Serasi Filem Popular
Iedil Putra & Emma Maembong
Lagu Paling Boom Popular
Nurcinta - Amir Masdi
Artis Kontroversi Popular
Fattah Amin
Seller Terpaling Popular
Datuk Seri Aliff Syukri & Ammar Ahyan
Bintang Paling Popular ABP 37
Ernie Zakri
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Alleycats