Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ewal Terharu Kanak-Kanak Autisme Belajar Membaca Dengan Lagunya

Syafiqah Jalal
21/09/2017 12:37 MYT
Bintang AF Megastar, Ewal akui terharu apabila kanak-kanak Autisme belajar membaca dengan lagunya, Kembali Semula.

Ewal berkata dia tidak menyangka kanak-kanak istimewa itu berjaya membaca menerusi lirik lagunya.

"Sebenarnya saya ada peminat yang merupakan seorang guru pendidikkan khas di sebuah sekolah di Langkawi.

"Tak sangka bukan dia sahaja, malah pelajarnya yang terdiri daripada kanak-kanak Austisme juga peminat saya dan lagu-lagu saya.

"Saya terharu apabila gurunya menggunakan pendekatan untuk mengajar mereka membaca dengan menyanyi lagu saya.

"Gurunya sendiri menghantar video pelajarnya berusaha mengeja dan membaca dengan lirik lagu saya iaitu Kembali Semula.

"Saya harap mereka boleh juga berjaya dalam pelajaran seperti kanak-kanak lain," katanya yang dihubungi Astro Gempak.

Video tersebut menunjukkan dua orang pelajar Autisme sedang membaca lirik Kembali Semula satu persatu dari bukunya.



Ewal merupakan bintang AF Megastar yang berjaya mara ke minggu seterusnya bersama bintang lain seperti Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.

Mengulas mengenai persembahannya untuk Konsert AF Megastar pada Ahad ini, Ewal memberitahu dia bakal memberi kelainan dalam lagu Potret nyanyian asal Akim & The Majistret.

"Bagi tema Rock minggu ini, saya membawakan lagu Potret yang sudah disusun semula muziknya dengan bantuan pengarah muzik, Edry Abdul Halim.

"Saya akan cuba memberi kelainan dan pembaharuan dalam persembahan saya nanti, saya harap juri dan peminat suka," katanya lagi.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Akademi Fantasia #Ewal #Autisme #AF Megastar