berita
Eyya Mahu Jadi 'The Next Jihan'
Finalis Gegar Lawak, Eyya, mengakui kagum dengan bakat dan kejayaan yang ada pada pelawak Jihan Muse.
Eyya atau nama sebenarnya Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini, 22, berkata, dia menyimpan cita-cita untuk berjaya dan menempa nama dalam industri suatu hari nanti.
"Alhamdulillah saya bersyukur kerana berjaya menjejakkan kaki dalam pentas akhir Gegar Lawak sebagai satu-satunya peserta perempuan.
"Kalau boleh selepas ini saya ingin mengikuti jejak Jihan sebagai seorang pelawak dan pengacara wanita yang sangat berbakat.
"Saya mahu menjadi 'The Next Jihan' dalam industri kerana kita lihat tidak ramai pelawak wanita yang ada dalam industri di Malaysia.
"Jadi biarlah saya bermula pada bawah dan memperolehi kejayaan yang besar pada suatu hari nanti memandangkan usia saya kini masih muda," katanya kepada Astro Gempak.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.
Jangan lupa menyaksikan Gegar Lawak akhir yang akan bersiaran secara langsung pada Jumaat ini, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.
Must-Watch Video