Skip to main content

Berita

F1 Bahrain: Berjam-Jam Tunggu Bas, Ada Yang Sanggup Jalan Kaki Sejauh 10 KM Dari SIC Ke KLIA2

F1 Bahrain: Berjam-Jam Tunggu Bas, Ada Yang Sanggup Jalan Kaki Sejauh 10 KM Dari SIC Ke KLIA2

Sekilas

  • Perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 bermula dengan sesi latihan bebas di Litar Antarabangsa Sepang, menarik kehadiran ramai peminat dari dalam dan luar negara.
  • Pengunjung menghadapi kesukaran mendapatkan pengangkutan selepas acara, dengan ramai terpaksa beratur panjang dan ada yang berjalan kaki hampir 10 kilometer kerana kekurangan bas shuttle.
  • Netizen mencadangkan penambahbaikan seperti menambah bas dan menyediakan laluan khas untuk shuttle bas bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan pada masa akan datang.
Advertisement

Perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 membuka tirainya hari ini dengan sesi latihan bebas berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Kehadiran acara berprestij itu menyaksikan orang ramai dari dalam dan luar negara memenuhi kawasan litar bagi menyaksikan aksi pelumba Formula 1 secara dekat.

Advertisement

Walau bagaimanapun, keseronokan tersebut bertukar menjadi pengalaman memenatkan buat sebahagian pengunjung apabila mendakwa terpaksa menunggu sehingga berjam lamanya untuk menaiki bas selepas selesai acara tersebut.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan wargamaya di media sosial, dapat dilihat orang ramai kelihatan beratur panjang selain bersesak untuk mendapatkan khidmat ‘shuttle bus’ bagi menuju ke destinasi mereka.

Malah, ada juga yang mengambil keputusan untuk berjalan kaki hampir 10 kilometer dari SIC menuju ke Mitsui Outlet Park kerana tidak mahu menunggu terlalu lama.

Advertisement

Selain itu, terdapat juga dakwaan daripada beberapa pengguna media sosial yang mendakwa mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama sebelum mendapat pengangkutan untuk keluar dari kawasan SIC.

Melihat kepada kejadian tersebut, seorang pengguna tampil memberikan cadangan penambahbaikan kepada pihak penganjur bagi memastikan masalah ini dapat diselesaikan dan tidak lagi berulang.

“Bas tak cukup. Sila tambah bas sebab sesak. Ramai foreigners mengadu tadi memalukan nama Malaysia sahaja.

“Jalan jem. Bas stuck dalam jem berjam nak sampai KLIA2. sila buat dedicated line untuk shuttle bas sahaja. Bas stuck jem menjadikan bas di SIC dan stop point tidak cukup,” antara cadangan netizen.

Terdahulu, Formula Satu (F1) kembali berlangsung di SIC selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan itu pada 2017.

SIC menjadi gelanggang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad selepas perlumbaan berkenaan dipindahkan dari Bahrain susulan situasi keselamatan di Asia Barat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement