Skip to main content

Berita Tempatan

Fara Fauzana, Tomok Antara Selebriti Meriahkan Perlawanan Persahabatan Riadah Madani

Fara Fauzana, Tomok Antara Selebriti Meriahkan Perlawanan Persahabatan Riadah Madani

Sekilas

  • Program Riadah Madani menjadi platform mengeratkan silaturahim apabila Menteri Dr. Zulkifli Hasan dan pasukan Menteri Agama FC bertemu Radio United dalam perlawanan persahabatan di Seri Kembangan.
  • Perlawanan turut disertai selebriti seperti Fara Fauzana, Tomok, Kieran, Rostam dan Wan Ajaib, dengan Dr. Zulkifli berjaya menjaringkan satu gol dalam suasana santai dan harmoni.
  • Program ini bukan sahaja aktiviti sukan, malah ruang membina hubungan erat dan menyemai nilai perpaduan dalam masyarakat MADANI melalui semangat kesukanan dan ukhuwah.
Advertisement

Program Riadah Madani sekali lagi menjadi medan mengeratkan silaturahim apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan bersama pasukan Menteri Agama FC turun padang menentang Radio United dalam satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Seri Kembangan.

Perlawanan itu turut dimeriahkan dengan penyertaan beberapa nama terkenal dalam industri penyiaran dan hiburan termasuk Fara Fauzana, Tomok, Kieran, Rostam dan Wan Ajaib yang mewakili Radio United.

Advertisement

Lebih mencuri perhatian, Dr. Zulkifli berjaya menjaringkan satu gol sepanjang aksi persahabatan yang berlangsung dalam suasana santai, harmoni dan penuh semangat kesukanan.

Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga pemain serta penyokong daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus menjadikan Riadah Madani sebagai platform memperkukuh ukhuwah antara pemimpin, pengamal media dan komuniti.

Menurut Dr. Zulkifli, penganjuran Riadah Madani bukan sekadar aktiviti sukan, malah menjadi ruang untuk membina hubungan yang lebih erat dalam suasana penuh kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat kebersamaan.

Advertisement

Katanya, pendekatan santai di luar urusan rasmi mampu merapatkan jurang antara pelbagai pihak selain menyemai nilai perpaduan yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat MADANI.

"Saya bersyukur kerana Riadah Madani dapat diteruskan dengan penyertaan yang begitu menggalakkan. Terima kasih kepada pihak penaja, penganjur, semua pemain, termasuk rakan-rakan daripada Radio United, serta ahli keluarga yang hadir memeriahkan program ini.

"Semangat kesukanan dan ukhuwah yang ditunjukkan hari ini amat bermakna. Insya-Allah, jika diberikan kesempatan, kita akan terus turun padang pada siri-siri akan datang untuk bersama-sama menyemarakkan budaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

[wide leg] woman Long plazzo acid wash 5 pocket premium quality 26-36

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

Under Armour Men's UA ArmourVent Camper Hat

adidas Arsenal FC 2024/25 Home Jersey

adidas Arsenal FC 2024/25 Home Jersey

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

SCVCN Running Sunglasses Cool UV400 for Unisex

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Must Watch Video

Advertisement