Sekilas
- Fathia Latiff dedah dia sering diganggu seorang lelaki psiko yang kerap menghantar mesej rindu walaupun akaunnya sudah disekat.
- Lelaki tersebut dikatakan membuat akaun baru untuk terus menghubungi Fathia dan cuba memanipulasi pemikirannya.
- Fathia sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis bagi tindakan lanjut dan mendapat sokongan netizen.
Pelakon, Fathia Latiff mendedahkan dirinya berdepan gangguan daripada seorang lelaki psiko yang didakwa kerap menghubunginya menerusi mesej.
Menerusi perkongsian di Threads, Fathia berkata lelaki berkenaan kerap menghantar mesej kepadanya dan meluahkan rasa rindu terhadap aktres drama Ariana Rose itu.
Meskipun dia sudah menyekat akaun tersebut, namun individu tersebut sentiasa mencari jalan lain untuk menghubunginya.
“Ada seorang lelaki psiko masa zaman saya ‘jahiliah’. Tak habis-habis mesej saya cakap rindu dan kerap mesej.
“Saya dah block tetapi dia buat akaun baru untuk mesej saya lagi,” tulisnya.
Menurut Fathia, tindakan lelaki tersebut seolah-olah cuba untuk memanipulasi pemikirannya.
Malah, dia juga sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.
“Macam saja nak psiko saya. Patutke saya buat laporan polis dan apa tindakan yang mereka bakal ambil?” ujarnya.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dengan rata-rata netizen menyokong tindakan Fathia untuk membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan dirinya.