Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Fazley Yaakob Titip Ucapan Hari Jadi Buat Vida, Akui Tak Sabar Sehidup Semati - “Nak Sarapan Bihun Goreng Cicah Budu”

Fazley Yaakob Titip Ucapan Hari Jadi Buat Vida, Akui Tak Sabar Sehidup Semati - “Nak Sarapan Bihun Goreng Cicah Budu”

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob berkongsi ucapan hari jadi penuh kasih sayang buat usahawan Datuk Seri Vida di Threads.
  • Fazley meluahkan rasa syukur dan keterujaan untuk menjalani kehidupan bersama Vida serta berharap dipermudahkan urusan ke pelamin.
  • Dalam perkongsian itu, Fazley juga menzahirkan cinta dan penghargaan terhadap keperibadian Vida yang lembut dan penyayang.
Advertisement

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan hari jadi buat usahawan, Datuk Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Vida yang disifatkannya sebagai seorang yang sentiasa menceriakan hidupnya.

Advertisement

Malah, Fazley turut meluahkan keterujaan untuk menanti hari bahagia mereka dan menjalani kehidupan bersama.

“Selamat hari jadi sayang. Jujur saya cakap, saya rasa bertuah sayang bidadari paling comel dan selalu ceriakan hidup saya. Tak sabar rasanya nak sehidup semati. Saya sayang awak ketat-ketat. Semoga dipermudahkan urusan kita ke pelamin.

“Abang nak jaga sayang, nak tengok sayang senyum selalu. Susah senang, kita hadap sama-sama. Saya cinta awak, sayang. Selamanya abang awak. Tak sabar nak sarapan bihun goreng bodo cicah budu,” tulisnya.

Advertisement

Dalam perkongsian sama, Fazley turut memuat naik foto bersama Vida selain meluahkan rasa sayangnya terhadap usahawan itu.

“Di sebalik wanita yang hebat dan kuat. Saya jatuh hati pada satu hati yang lembut, manja dan penuh kasih sayang.

“Kadang kala, cinta datang tanpa dijangka dan saya sangat bersyukur Allah hadirkan sayang dalam hidup saya.

“Saya tak minta cinta yang sempurna, cukup kita saling menjaga, menyayangi dan membahagiakan hingga ke syurga,” ujarnya

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement