Sekilas
- Pelakon dan usahawan Nur Fazura memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya, Ricky Rozam, yang didakwa berdepan fitnah daripada individu tertentu.
- Fazura menasihatkan Ricky supaya tidak melayan kata-kata negatif dan sentiasa bermuhasabah diri dalam menghadapi situasi tersebut.
- Dia juga mengingatkan Ricky untuk reda jika pengorbanannya tidak dihargai dan percaya bahawa masih ramai yang menyayangi serta menyokongnya.
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menitipkan kata-kata semangat buat sahabatnya, Ricky Rozam yang didakwa berdepan fitnah daripada individu tertentu.
Menurut Fazura, dia berpesan agar tidak melayan kata-kata pihak yang cuba memburukkan nama pada orang lain, sebaliknya mengingatkan supaya sentiasa bermuhasabah diri.
"Biarkan penyondol cap kancil fitnah kita macam-macam. Beringat lah, meruntuhkan rumah tangga orang sehingga bercerai itu lebih dasyat. Semoga diri kamu itu cuba bermuhasabah diri dari sentiasa menganiaya dan mencari-cari salah orang lain,"tulisnya.
Dalam masa sama, aktres filem Pisau Cukur itu turut menasihatkan agar Ricky reda sekiranya segala pengorbanannya tidak dihargai.
"Pesanan untuk diri kita juga ya sahabat ku @rickyrozam. Sayang sentiasa Ricky saya. Kalau dia dan keluarga dia tak nak kenang kebaikan kamu, redha kan sahaja. Ramai lagi yang menyayangi mu dan ingat lah, sesungguhnya Allah ada," ujarnya.
Bagaimanapun, perkongsian lanjut mengenai cerita penuh dan individu yang dimaksudkan itu tidak dapat dikenal pasti.
