Skip to main content

Berita

Fenomena Lagu Azlan The Proton Type, Tuan Badan Perjelas Tentang Isu Bakal Terbit Karya Kedua - “Aku Tidak Dapat Sebarang ‘Benefit’ Kerana…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Azlan The Proton Type jelaskan lagu AI yang tular hanyalah untuk tujuan pemasaran kerjaya semata-mata.
  • Karya kedua Azlan akan dihasilkan tanpa menggunakan AI dan melibatkan sentuhan artis sebenar serta rakaman di studio.
  • Azlan tidak mendapat sebarang manfaat dari lagu AI tersebut kerana tiada pendaftaran hak cipta dan menasihatkan orang ramai supaya tenang.

Personaliti media sosial, Azlan The Proton Type tampil menjelaskan dirinya selepas kenyataannya bakal mengeluarkan karya kedua dikritik dan tidak diterima segelintir pihak.


 

Menerusi perkongsian di Threads, Azlan menjelaskan bahawa lagu ciptaan kecerdasan buatan manusia (AI) yang pernah tular  itu hanyalah bertujuan untuk pemasaran kerjaya semta-mata.


 

“Lagu AI yang aku buat adalah untuk tujuan pemasaran, tetapi orang suka kerana lirik yang ada kaitan dengan kehidupan ‘Jualan’. 


 

“Media mengangkat kisah itu disebabkan fenomena yang berlaku dan keberkesanan teknik pemasaran itu sendiri,”tulisnya.


 

Dalam masa sama, Azlan turut menegaskan bahawa karya kedua itu bakal dicipta tanpa menggunakan AI dan mempunyai sentuhan anak seni.


 

“Sekarang lagu tersebut dalam proses rakaman di studio dan ‘karya kedua’ yang dimaksudkan adalah lagu baru yang bakal dibuat bersama komposer dan rakaman di studio. 


 

“Dari lagu AI ini, aku tidak dapat apa-apa benefit kerana tidak berdaftar dan tidak ada hak cipta. Jadi, pelan-pelan tenang”ujarnya.


 

Terdahulu, penyanyi Zynakal pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap sokongan segelintir masyarakat yang lebih mengangkat seni menggunakan teknologi terkini berbanding ahli muzik sebenar.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement