Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fesyen Kelambu, Sarung Telur, Cheshire Cat AME2018, Ini Respon Neelofa!

Amri Hassan
10/04/2018 02:22 MYT
Setiap tahun setiap kali Anugerah MeleTOP, fesyen yang digayakan oleh pengacara Neelofa pasti menjadi bahan usikan netizen di media sosial.

Bermula dengan sut power rangers pink, gaun hijau neon Cell (Dragon Ball), gaun sotong dan tahun ini juga penampilannya tidak terlepas daripada kritikan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Neelofa yang menyarung pant suit putih rekaan Fizi Woo dan sehelai tudung net hitam disamakan dengan kelambu, net bunga telur dan hamper hari sukan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk segmen kedua pula, dres ballroom merah jambu rekaan pereka fesyen sama disamakan dengan watak kucing Cheshire Cat dalam Alice's Adventure in Wonderland.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menjawab tentang kritikan netizen, Neelofa tidak terkejut apabila imejnya masih menjadi bahan jenaka setiap kali AME.

"Sudah beberapa tahun perkara sama berlaku dan saya tidak terkejut pun apabila terjadi lagi tahun ini. Sudah terbiasa.

"Yang penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan terpulanglah apa yang orang hendak cakap," katanya kepada Astro Gempak.

Neelofa bagaimanapun enggan kritikan itu menjejaskan tanggungjawabnya sebagai hos anugerah itu.

"Kerja keras saya membuahkan hasil dan semuanya berjalan lancar walaupun cuma berlatih dua hari sahaja," katanya.

Selain hos, Neelofa turut menggondol anugerah utama AME2018, Top Top MeleTOP Wanita dan tiga anugerah lain iaitu Fesyen MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTOP (Red Velvet).

Teks oleh: Amri Hassan
#Neelofa #Fesyen #Fizi Woo #AME2018
;