Berita
Fikri Lawak Solo Tertekan Dikritik Kerana Tampan
Peserta Lawak solo, Fikri, mengakui tertekan dengan kritikan yang diberikan penonton program tersebut yang mengenai wajahnya yang tampan tetapi tidak pandai membuat lawak di atas pentas.
Ahmad Fikri Ahmad Ibrahim, 22, berkata, mempunyai rupa paras yang tampan bukanlah satu kelebahan kepada dirinya bahkan ia memberi terkanan setiap kali ingin melakukan persembahan.
"Saya sangat tidak bersetuju apabila orang mengatakan saya hensem serta meletakkan harapan yang tinggi setiap kali melakukan persembahan.
"Pujian orang ramai terhadap saya telah memberi tekanan kepada diri ini kerana mereka akan berkata saya cuma masuk rancangan Lawak Solo disebabkan oleh rupa dan bukannya bakat.
"Apabila orang bercakap macam itu kepada saya ia merupakan satu kelemahan kepada diri kerana risau nanti persembahan saya mungkin akan mengecewakan mereka," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Fikri, dia akan melakukan persembahan setiap minggu dengan sebaik mungkin kerana tidak mahu mengecewakan peminat yang menyokong dirinya.
Dia mengharapkan agar orang ramai supaya tidak melatakan harapan yang tinggi kepadanya kerana dia mengganggap dirinya masih perlu banyak mempelajari ilmu untuk melakukan persembahan.
"Saya berharap agar orang diluar sana memberi peluang kepada saya untuk mencuba sesuatu yang baru dan dalam masa yang sama untuk belajar lagi lebih untuk melakukan persembahan dengan baik," katanya.
Lawak Solo disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), pukul 10 malam.
Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.
Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.
Teks oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video