Skip to main content

Selebriti

Gabungan Melodi Rancak & Dugem, Fazley Yaakob Bakal Keluar Lagu Baharu - "Saya Selalu Dengar Orang Kata..."

Fazley Yaakob Lagu Baru

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob kini tampil dengan lagu terbaharunya berjudul “Tiga Kali”, hasil kolaborasi bersama penyanyi baharu, Iela Nabila.

Lagu ciptaan DJ Fuzz dan Hez Hazmi ini menampilkan gabungan melodi rancak dan sentuhan dugem (dunia gemerlapan atau rentak kelab malam) dengan lirik yang menyentuh kisah kecurangan dan ketabahan hati.

Advertisement

Menurut DJ Fuzz, lagu ini merupakan kisah sebenar pengalaman peribadi rakan Hez yang pernah dicurangi berulang kali.

“Kebanyakan lirik ditulis oleh Hez Hazmi berdasarkan kisah benar kawan dia yang pernah dicurangi tiga kali. Saya tambah sedikit pada bahagian muzik, dan kami tukar rentak asal yang perlahan menjadi lebih rancak. Walaupun kisahnya sedih, kami mahu pendengar menari sambil menyelami mesejnya.

“Iela punya suara dan gaya sesuai dengan lagu ni. Gabungan Iela Nabila dan Fazley memang padanan yang sempurna untuk tema lagu ni,” kata DJ Fuzz

Sementara itu, Fazley turut menggangap lagu tersebut amat dekat dengan dirinya kerana ia merupakan perjalanan peribadinya sepanjang bergelar anak seni tanah air.

“Kita sering mendengar kisah curang di TikTok dan media sosial dari sudut wanita. Tapi saya nak bawa perspektif lelaki pula. Sebagai seorang pakar motivasi, saya selalu dengar orang kata curang tu dah jadi perkara biasa sekarang. Jadi saya dan DJ Fuzz fikir, kenapa tidak jadikan ia satu lagu namun bukan untuk bersedih, tapi untuk ‘move on’ dan teruskan hidup,” ujarnya.

Dia turut menjelaskan bahawa pemilihan genre dan gaya lagu ini dibuat selepas melakukan ujian pemasaran secara peribadi.

“Saya buat beberapa demo dan tanya pendapat rakan, anak-anak, dan peminat. Sembilan daripada sepuluh orang pilih lagu ni berbanding balada saya. Jadi inilah masa yang sesuai untuk tampil dengan sesuatu yang lebih segar dan dekat dengan generasi Z,” tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement