Skip to main content

Antarabangsa

Gara-Gara Tiba 10 Minit Lewat Ke Sekolah, Murid Tahun 6 Maut Selepas Didenda Buat ‘Sit Up’ 100 Kali

Budak Tahun 6 Maut Didenda

Sekilas

  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun meninggal dunia selepas melakukan 100 kali bangkit tubi sebagai hukuman kerana lewat 10 minit ke sekolah.
  • Mangsa dipercayai melakukan hukuman tersebut sambil menggalas beg sekolahnya, menyebabkan kesakitan di bahagian bawah belakang.
  • Keadaan mangsa semakin teruk dan dia disahkan meninggal dunia selepas dipindahkan ke hospital di Mumbai.

Hanya kerana tiba lewat 10 minit ke sekolah, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun disahkan meninggal dunia selepas melakukan denda yang diberikan pihak sekolah kepadanya.

Memetik laporan NDTV, kanak-kanak yang dikenali sebagai Kajal Gond itu didakwa melalukan bangkit tubi (sit-up) sebanyak 100 kali sebagai hukuman kerana lewat tiba di sekolah.

Lebih memilukan ialah, mangsa dipercayai melakukan hukuman tersebut dengan keadaan masih menggalas beg sekolahnya.

Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan mengalami kesakitan di bahagian bawah belakang sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Keadaan mangsa dilaporkan menjadi semakin teruk dan dipindahkan ke hospital di Mumbai sebelum disahkan meninggal dunia pada 14 November lalu.

Sumber: NDTV

Must-Watch Video

Advertisement