Garang Ke Saya? Tidaklah....- Rosyam Nor
Mya Amri
28/02/2017 03:57 MYT
28/02/2017 03:57 MYT
Juri tetap Maharaja Lawak Mega 017 (MLM2017) Datuk Rosyam Nor menafikan dakwaan mengatakan terlalu garang ketika menilai persembahan para peserta.
Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata dia perlu tegas memberikan kritikan supaya peserta boleh memperbaiki kualiti persembahan untuk minggu seterusnya.
“Mana ada saya garang, mungkin muka saya yang membuatkan orang beranggapan seperti itu.
“Saya tidaklah garang sangat, maknanya setiap patah perkataan yang saya berikan itu saya mahu mereka mempersembahkan sesuatu yang baru.
“Program MLM dah berlangsung terlalu lama dan saya mahukan idea-idea baru dan lebih segar daripada mereka.
“Saya bukannya marah mereka sebaliknya mencabar mereka untuk berfikir diluar kotak,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kumpulan Mamu, Rosyam memberitahu ramai yang tersalah anggap terhadap komen yang diberikan kepada kumpulan tersebut.
“Saya tidak ada masalah dengan loghat yang dibawakan oleh Mamu dan tak larang pun mereka guna loghat, cuma saya kata cuba.
“Tapi mungkin orang tidak faham apa yang saya maksudkan dan memberikan tanggapan yang salah terhadap maksud sebenar saya.
“Saya mahu berikan ruang kepada mereka untuk berfikir dengan lebih meluas dan gunakan kreativiti dengan menggunakan loghat utara mereka.
“Sebagai contoh mungkin mereka boleh membawakan watak orang Penang yang baru datang ke sini dan cuba belajar cakap KL, itu maksud saya,” jelasnya.
Minggu kedua yang bertemakan tabiat menyaksikan penyingkiran kumpulan Mamu yang mencatatkan peratusan undian sebanyak 42.35% dan Hobbit 39.51%.
MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .
MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.
Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.
Teks oleh: Mya Amri