Juri tetap Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Datuk Ramli MS menjelaskan penilaian persembahan kumpulan Freshies yang tersingkir pada minggu kesepuluh.
Ramli berkata bahawa kumpulan tersebut perlu memberi tumpuan lebih pada keharmonian persembahan kerana berpendapat kesilapan salah seorang boleh menjejaskan pemarkahan.
“Persembahan mereka agak huru-hara. Dalam persembahan berkumpulan ini, tak boleh seorang pun buat silap. Kita ambil contoh kumpulan orkestra yang ada 70 orang. Jika seorang sahaja buat silap, 69 lagi akan ‘mati’.
“Inikan pula persembahan berdua. Bila seorang buat silap, memang ketara. Bila bahagian harmoni, bila seorang betul dan seorang lagi salah, ia tetap jadi salah.
“Kesilapan banyak terjadi pada bahagian Shima,” katanya kepada Gempak.
Ramli berkata demikian ketika ditemui di selepas berakhir konsert suku akhir GV12 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam masa sama, Ramli turut menepis dakwaan berhubung sistem penjurian pada musim ini agak tegas kerana para peserta jarang mendapat markah lebih daripada 80%.
“Iskandar Ismail pernah dapat markah 84 peratus ketika tugasan duet bersama Liza Aziz. Kita tak akan bagi markah secara berlebihan.
“Kalau tahap persembahan mereka pada lingkungan markah 75%, itu sahajalah kita akan bagi. Jika para peserta bagi persembahan yang outstanding dari segi nyanyian, kita akan bagi markah tinggi
“Markah nyanyian adalah 80%. Kalau anda bawa satu lori orang sekali pun ketika persembahan, markahnya persembahan tetap 20% sahaja.
“Kalau nyanyian mereka bagus, tak mustahil untuk capai lebih 80%. Setakat ini belum ada yang mampu lagi,” katanya lagi.
Terdahulu, kumpulan Freshies terpaksa akur apabila perjalanan mereka di GV12 tamat di minggu suku akhir.
Freshies yang membawakan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian asal kumpulan Ratu gagal menambat hati juri seterusnya meraih markah terendah sebanyak 56.75 peratus.
Gegar Vaganza V12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.