Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Freshies akui sedikit terkilan apabila tidak berjaya melayakkan diri ke minggu seterusnya namun tetap reda dan akur dengan keputusan juri.
Menurut Freshies, mereka tidak menyangka dapat bertahan sehingga minggu suku akhir kerana menjangkakan perjalanan mereka hanya setakat minggu kelima sahaja.
"Kami ada rasa ralat sedikit sebab lagi dua langkah sahaja untuk ke minggu akhir tetapi kami akur dengan keputusan juri.
"Lagipun sejak awal, kami tak sangka boleh mara ke suku akhir. Kami ingatkan hanya bertahan hingga minggu kelima," katanya kepada Gempak.
Freshies berkata demikian selepas tamat konsert minggu ke-10 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Dalam masa sama, Freshies berkongsi bahawa mereka sedikit tertekan untuk membawakan lagu Teman Tapi Mesra selain akui kelemahan mereka dalam menyampaikan lagu tersebut.
"Kami lihat semua peserta lain hebat. Kami hebat juga tetapi mungkin sebab kami tak dapat sampaikan lagu tersebut dengan baik.
"Kami rasa tertekan juga untuk bawa lagu ini sehingga tak boleh tidur dua hari tetapi kami dah cuba yang terbaik.
"Saya akui kami cuma tahu cara zaman dulu. Kami tiada guru vokal sebelum ini. Ini adalah baru untuk kami, Kami masuk dengan keadaan pengetahuan yang sedikit. Kami belajar banyak di GV,"ujarnya
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.