Skip to main content

Rancangan TV

Gegar Vaganza 12: Mell Sakura Band Tampil Bertudung, Bakal Ubah Gaya Persembahan - “Saya Akan Cuba Menahan Diri Dari…”

Gv

Bintang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang juga merupakan vokalis kumpulan Sakura Band iaitu Mell
buat pertama kalinya tampil bertudung secara rasmi di khalayak ramai.

Mell yang hadir pada sesi memperkenalkan barisan bintang Gegar Vaganza 12 itu kelihatan begitu manis bertudung.

Advertisement

Menurut Mell, keputusan itu hadir dengan hati yang terbuka selepas melalui proses refleksi diri serta mendapat dorongan daripada persekitaran dan orang sekeliling.

“Ya, ini adalah penampilan pertama saya bertudung secara rasmi di publik. Saya terbuka hati untuk bertudung mungkin disebabkan persekitaran dan juga orang orang disekeliling saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mell tidak menafikan perubahan penampilan itu turut memberi kesan terhadap gaya persembahannya di atas pentas kelak.

Bagaimanapun kata Mell, dia tetap optimis untuk memberikan persembahan terbaik meskipun perlu menyesuaikan diri dengan gaya baharu.

“Dari segi persembahan, sudah tentu ada sedikit perubahan. Kalau dulu saya boleh melompat lima kaki, sekarang mungkin satu kaki saja.

“Insya-Allah, saya akan cuba menahan diri sebab lagu-lagu Sakura Band semuanya jenis hype dan rancak, walaupun ada beberapa yang berentak perlahan.

“Lagu-lagu lain kebanyakannya memang sejenis all out atas pentas, bak kata orang boleh lupa diri masa buat persembahan.

“Jadi, untuk kawal diri itu memang mencabar sebab saya dah terbiasa dengan energi level yang tinggi semasa menyanyi.

“Tetapi, mungkin juga disebabkan faktor umur. Dulu masa usia 20-an, tenaga lain… sekarang dah masuk 30-an, memang ada perbezaan,” jelasnya.

Selain Mell, 12 lagi bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra dan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri. 

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma. 

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad. 

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. 

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement