Skip to main content

Selebriti

Gegar Vaganza 12 Recap: Nubhan Kembali Ungguli Dengan Markah 74%, Perjalanan Korie Terhenti... Semak Komen & Kedudukan Minggu Keenam!

GV RECAP

Sekilas

  • Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 12 menyaksikan Nubhan menduduki tempat pertama dengan markah 74.00 peratus manakala Korie tersingkir dari pertandingan.
  • Peserta lain seperti Mell Sakura dan Rahmat Ekamatra mencatat markah terendah masing-masing 62.50 dan 60.00 peratus dalam tema Metafora.
  • GV12 akan bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025 setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO serta Sooka.

Konsert minggu keenam Gegar Vaganza 12 (GV12) kini telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan 10 peserta sahaja melayakkan diri ke minggu keenam.

Bertemakan Metafora (unsur alam), minggu ini menyaksikan Nubhan berjaya menduduk tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 74.00 peratus.

Sementara itu, Mell Sakura dan Rahmat Ekamatra mendapat tempat dua terendah dengan masing-masing mengumpul markah keseluruhan sebanyak 62.50 peratus serta 60.00 peratus.

Bagaimanapun, Korie terpaksa meninggalkan pentas berprestij itu selepas dia diumumkan tersingkir.

Berikut merupakan recap dan markah minggu keenam GV12:

Nubhan - Aladin

Sebagai peserta GV, kamu harus all around. Saya rasa kamu telah mencuba semua perkara lain dari yang lain dan itu adalah satu point untuk kamu.  Saya suka nada kamu. Nubhan geprek. - Hetty Koes Endang

Krisya - How Could An Angel Break My Heart 

Saya paling suka persembahan awak minggu ini, sangat terkawal. Tak perlu nak puji lebih-lebih. Minggu ini kamu telah banyak meningkat. - Ramli M.S

Mendua - Seindah Biasa

Ada perkara yang saya tak beri kredit pada kamu pada minggu sebelum ini. Setiap orang dari kamu memiliki suara yang sangat sedap. Apabila suara kamu digabungkan memang harmoni. - Syafinaz Selamat

Ruri Repvblik - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

Perjuangan tiada yang mudah tetapi inilah namanya pertandingan. Kamu selalu meneliti setiap note nyanyian. Kamu lulus, note kamu jelas. Saya suka. Setiap minggu kamu memang memahami suara yang akan dinilai dahulu di GV. Sukses buat kamu. - Hetty Koes Endang

Freshies - Pelitaku

Saya boleh lihat kamu sangat berkerja keras dan itu adalah perkara yang bagus. Kamu belajar dinamik kumpulan itu. Ini adalah perkara moden yang tak pernah buat tetapi kamu telah bersungguh-sungguh demi persembahan malam ini. - Ramli M.S

Mark Adam - Putri Iklan

Semangat berjuang kamu memang bagus. Ia semestinya modal yang bagus untuk setiap peserta. Ini memang genre kamu cumanya ada bahagian korus yang kamu sedikit terggangu. Nada kamu sedikit lari. Malam ini kamu kurang tembak namun kamu masih baik-baik sahaja. - Hetty Koes Endang

Iskandar Ismail - Ajari Aku

Saya tahu saya suka suara kamu tetapi saya rasa kamu ambil masa untuk memanaskan. Saya tak pasti sama ada kamu gementar atau kamu lambat masuk gear. Sepatutnya dari awal lagi kamu kena masuk. Saya rasa kamu sedang menahan diri. Kamu perlu praktis lagi lelangit lembut.  - Syafinaz Selamat

Shae - Melompat Lebih Tinggi

Memang rentak kamu begitu. Pertama kali saya dengar suara kamu tiada key. Hari ini kamu berjaya mengawal bunyi yang tidak sepatutnya. Namun, saya lagi suka suara asli kamu. - Ramli M.S

Mel Sakura - Lagu Rindu

Pada awalnya bila saya tahu kamu ingin bawa lagu ini, saya terfikir bolehkah kamu membawanya. Namun selepas melihat awak naiki tandu, saya tahu kamu pasti boleh melakukan. Lagu ini memang mempunyai tahap kesulitan yang tinggi kerana kamu perlu menjaga nafas dengan baik. GV akan menilai suara kamu. Bagaimanapun, persembahan kamu malam ini aman. - Hetty Koes Endang

Rahmat Ekamatra - Untukmu Sayang

Awak memang ada penampilan dan aura kapak di mana peminat awak akan terus suka. Cumanya, ini adalah GV, saya inginkan kelainan setiap minggu. Kalau awak berikan saya perkara yang sama, lama-kelamaan saya sudah bosan. Bukan saya nak kata suara awak tak sedap, malah persembahan awak pun telah meningkat dari sebelum ini. - Syafinaz Selamat

Korie - Belum Siap Kehilangan

Saya tak tahu kamu lirik salah atau kamu telan lirik. Tak terdengar perkataan 'mu'. Saya tiada masalah dengan penghayatan kamu cuma kamu kena kawal pernafasan dan melodi. Demam bukan alasan. - Ramli M.S

Berikut adalah keputusan penuh bintang GV12 mengikut ranking:

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima)

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement