Skip to main content

Selebriti

Gelaran Datuk Bukan Alasan Untuk Naikkan Kadar Bayaran, Ziana Zain Ikut Peredaran Semasa - “Kalau Harga Minyak Naik…”

Gelaran Datuk Bukan Alasan Untuk Naikkan Kadar Bayaran, Ziana Zain Ikut Peredaran Semasa - “Kalau Harga Minyak Naik…”

Sekilas

  • Datuk Ziana Zain menegaskan dia tidak akan menaikkan bayaran persembahan hanya kerana gelaran datuk, sebaliknya harga ditentukan berdasarkan pengalaman, kos semasa, dan keperluan persembahan.
  • Ziana berkongsi bahawa kos persiapan kini lebih tinggi kerana melibatkan pasukan seperti jurusolek dan penggaya fesyen untuk memastikan penampilan artis sentiasa kemas dan menarik.
  • Beliau juga akan berduet dengan juara Big Stage Rocketfuel, Hussain, dalam Konsert Vaganza di Idea Live Arena pada 6 Disember ini.
Advertisement

Penyanyi, Datuk Ziana Zain berkongsi dirinya tidak akan menaikkan kadar bayaran bagi persembahannya hanya kerana dikurniakan gelaran datuk.

Ziana bagaimanapun berkata setiap bayaran itu perlu mengambil beberapa faktor termasuklah pengalaman, peningkatan kos semasa, jumlah lagu yang diminta dan keperluan khidmat pemuzik.

Advertisement

“Tak ada. Saya masih mengekalkan harga yang relevan dengan zaman sekarang dan pengalaman kita. Gelaran itu sesuatu yang berbeza, menyanyi pula perkara lain.

“Sebut harga macam biasa... sama ada dua, tiga, empat atau lima lagu, dengan band, tanpa band atau minus one.

“Cuma kita akan naikkan harga mengikut peredaran semasa. Macam mana harga minyak naik, kita naik sikitlah,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Ziana berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert Sooka & konsert Vaganza Astro yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 58 turut berkata kos yang dikeluarkan zaman kini lebih banyak berbanding zaman dahulu kerana melibatkan lebih ramai tenaga kerja bagi memastikan penampilan artis itu terjaga.

“Sekarang ini semua memerlukan kos. Nak bersiap pun kita ada pasukan sendiri seperti jurugaya tudung, jurusolek dan penggaya fesyen.

“Dulu kita buat sendiri, tetapi sekarang perkara itu sudah menjadi kemestian. Setiap kali keluar, penampilan perlu sentiasa kemas dan menarik.

“Kita berkongsi rezeki dengan mereka. Perkara ini memudahkan kami sebagai penyanyi kerana hanya perlu berbincang mengenai warna dan rekaan pakaian yang sesuai, selebihnya mereka akan uruskan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Anggapanmu itu berkata bakat anak seni perlulah seiring dengan penampilan dan imej yang baik kerana ia akan menjadi koleksi atau tatapan para peminat.

“Penyanyi perlu menjaga penampilan. Kita bersiap dan menyanyi dengan baik sebenarnya sebagai tanda terima kasih kepada peminat.

“Gambar-gambar itu menjadi koleksi dan arkib mereka. Kadang-kadang kita sendiri tak ingat pakaian yang pernah dipakai, tetapi peminat masih ingat dan boleh membandingkannya.

“Selain bakat, imej juga sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh. Kita sayangkan kerjaya ini, jadi kita mahu semuanya dari hujung rambut hingga hujung kaki nampak sempurna,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ziana turut bakal menyanyi secara duet bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain menerusi Konsert Vaganza yang bakal diadakan di Idea Live Arena, 3 Damansara pada 6 Disember ini.

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

🔥Local Delivery🚚Korean Men's Slim Fit Pants Thin Ice Silk Breathable Casual Long Plain Pant Fashion Trousers Seluar Slack Lelaki Plus Size

🔥Local Delivery🚚Korean Men's Slim Fit Pants Thin Ice Silk Breathable Casual Long Plain Pant Fashion Trousers Seluar Slack Lelaki Plus Size

Must Watch Video

Advertisement