Skip to main content

Berita

Gempa Bumi Di Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini - Wisma Putra

cvv

Tiada

laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa

bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut Kementerian Luar Malaysia.

Kementerian itu, yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, berkata melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, pihaknya sedang memantau keadaan dengan rapi.

"Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi tersebut.

Kedutaan berada dalam hubungan rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau perkembangan semasa," menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer di luar pantai wilayah Aomori.

Amaran tsunami telah dikeluarkan namun kini telah ditarik balik.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berada di kawasan

terjejas supaya berwaspada, mengelakkan kawasan pesisir pantai dan mematuhi arahan rasmi pihak berkuasa Jepun.

"Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk

mendaftarkan keberadaan mereka dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo bagi

memastikan komunikasi dan bantuan dapat disalurkan dengan segera apabila diperlukan," tambah kenyataan itu.

Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo melalui telefon +81-3-3476-3840

(pertanyaan umum) dan +81-80-4322-3366 (kecemasan sahaja) atau melalui e-mel:[email protected]

Wisma Putra berkata pihaknya akan terusmemantau keadaan dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

 

 

Must-Watch Video

Advertisement