GGV: Saujana Akui Lambat Dapat Momentum
Kamaruddin Razal
19/05/2017 12:31 MYT
19/05/2017 12:31 MYT
Kumpulan nasyid Saujana mengakui mereka lambat mendapat momentum di program Gema Gegar Vaganza (GGV).
Memberi persembahan yang kurang konsisten di minggu awal, kumpulan yang dianggotai oleh Najran, Suffian, Azalinor dan Zuhaidi mendapat rentak di minggu keempat.
"Kami akui, persembahan kami tidak konsisten di awal penglibatan dalam GGV. Kami lambat mendapat momentum untuk ditampilkan dalam persembahan.
"Minggu keempat memberi tamparan hebat buat kami. Kami mula mendapat rentak dan memberikan sepenuh usaha untuk berjuang dalam GGV," kata Suffian kepada Astro Gempak.
Bakal menyanyikan lagu sendiri yang berjudul Penerang Hati di konsert akhir GGV, Saujana akan memberikan satu persembahan berbeza.
"Menyanyikan lagu sendiri merupakan tugasan yang sukar kerana semua orang tahu mengenai lagu tersebut. Kami harus memberikan nafas baru agar lagu itu tidak kedengaran bosan.
"Kami akan memberikan satu suntikan baru agar apa yang kami paparkan di malam akhir berbeza berbanding minggu-minggu sebelumnya," katanya lagi.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan bersiaran pada Ahad, 21 Mei, jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal