GGV: Saya Gagal Tunaikan Janji Bienda & Ana Raffali - Wani
Kamaruddin Razal
08/05/2017 13:30 MYT
08/05/2017 13:30 MYT
Penyanyi lagu Alhamdulillah, Wani kecewa kerana gagal menunaikan janjinya kepada Ana Raffali dan Bienda.
Wani atau nama sebenarnya, Nur Syazwani Selamat, 20, menjadi peserta keempat tersingkir di Gema Gegar Vaganza (GGV).
"Rezeki saya hanya sampai di minggu kelima sahaja. Pada awalnya, saya menjangkakan saya bakal tersingkir selepas minggu ketiga.
"Namun begitu, saya berjaya bertahan dan sudah tertulis rezeki saya bertahan hingga minggu kelima. Walaupun tersingkir, berbangga dengan pencapaian ini dan telah memberikan persembahan terbaik saban minggu.
"Saya cuma sedikit ralat tidak dapat menunaikan janji dua orang kakak saya, Ana Raffali dan Bienda untuk menjadi peserta wanita tunggal yang melangkah ke pentas akhir GGV," kata Wani kepada Astro Gempak.
Mempelajari banyak perkara baru sepanjang penglibatannya dalam GGV, Wani bersyukur kerana dapat mengutip banyak pengalaman berharga.
"Saya dapat banyak ilmu menerusi GGV. Pengalaman menyertai pertandingan bersama penyanyi-penyanyi senior lain membuatkan menimba banyak ilmu baru.
"Bintang GGV lain sangat baik kepada saya dan masing-masing ada kekuatan tersendiri. Saya berharap mereka dapat memberikan persembahan yang lebih baik untuk minggu-minggu seterusnya," katanya lagi.
Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal