Skip to main content

Selebriti

GMWA25: Budaya Bertemu Gaya Moden, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Fesyen Re-Culture

GMWA

Debaran kian terasa, malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2025 kini hanya berbaki dua hari sahaja lagi.

Dalam menantikan siapakah bakal dinobatkan pemenang bagi 12 kategori yang dipertandingkan, ramai turut tertanya-tanya tentang tema pemakaian bagi anugerah berprestij ini.

Tahun ini, GMWA2025 tampil dengan tema Re-Culture, iaitu konsep menghidupkan semula elemen budaya lama dalam gaya yang lebih moden dan segar.

Antara contoh gaya yang menepati tema ini termasuk Baju Kurung Kedah batik dipadankan dengan sneakers, Kebaya Nyonya bersama kain lilit moden dan kasut tinggi, atau blazer daripada kain songket digayakan dengan seluar potongan lurus.

Malam Kemuncak GMWA2025 bakal berlangsung di MBSA Shah Alam dan akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

GMWA2025 dikendalikan oleh hos, Sean Lee dan Amelia Henderson.

Senarai Top 10 GMWA2025 diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2026 dan fasa undian akan dibuka kepada orang ramai bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2026.

Lebih menarik, GMWA kali ini juga membawa format baharu iaitu 50 peratus undian peminat dan 50 peratus lagi undian daripada juri profesional.

Edisi kali ini juga tiada lagi dua fasa undian seperti edisi terdahulu sebaliknya calon-calon Top 10 akan terus bertanding sehingga ke Malam Kemuncak GMWA2025.

Sebanyak 70 kredit undian diberikan bagi setiap kategori sehari bermula 13 hingga 15 Februari jam 12 tengah hari.

Jangan lupa layari www.gempakmostwantedawards.com untuk mengundi calon kegemaran anda.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement