Skip to main content

Selebriti

Goodday Misi Inspektor Sani: Effa & Inspektor Sani Saji Dua Menu Istimewa, Lontong Darat Paru & Bubur Jagung Susu

Dapur Goodday 21

Sekilas

  • Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani kembali dengan episod ke-21 menampilkan Inspektor Sani dan Effa memasak menu seperti Lontong Darat Paru dan Bubur Jagung Susu.
  • Resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama untuk menambah rasa pada hidangan yang disediakan.
  • Program ini juga ada gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu dari rancangan tersebut, disiarkan di Astro Ria dan platform On Demand serta Astro GO sepanjang Ramadan.

Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod dua puluh satu yang lebih mencuit hati.

Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Effa (Wafariena) yang akan memasak pelbagai menu. Antaranya ialah, Lontong Darat Paru dan Bubur Jagung Susu.

Drama apa yang akan terjadi antara Effa dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 LONTONG DARAT PARU

BAHAN-BAHAN:

Nasi lontong :

Nasi impit (rebus)

Sambal Jawa:

100ml Goodday Full Cream Milk

1 pcs Tempeh (cube, goreng)

1 pcs Tauhu (cube, goreng)

1 biji Ubi kentang (cube, goreng)

2 biji Kacang panjang

1 biji Bawang merah (Slice)

1 ulas Bawang putih (slice)

2 biji Cili padi merah (slice)

2 sudu besar Ikan bilis goreng

300gm Paru (digoreng)

1 keeping fucuk ( potong kecil, telah direndam)

2 sudu Cili kisar

1 sudu kecil Garam

3 sudu besar Kicap manis

2 sudu besar Minyak goreng

Serunding kelapa :

1biji kelapa parut

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

Bahan Kisar:

1biji bawang merah

2ulas bawang pitih

1inci halia

1inci lengkuas

1inci kunyit hidup

1 sudu besar udang kering

1sudu kecil serbuk ketumbar

1sudu kecil serbuk jintan manis

CARA PENYEDIAAN:

SAMBAL JAWA

- Goreng tempeh, tauhu, ubi kentang, kacang panjang, paru dan ikan bilis

- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau

- Masukkan cili kisar, garam dan kicap manis

- Masukkan susu Goodday

- Bila hampir pekat, masukkan bahan yang sudah digoreng serta fucuk & suhun.

- Masak sehingga lembut & kuah hampir kering.

SERUNDING KELAPA :

- Massukkan kelapa parut bersama bahan yang telah dikisar

- Masukkan garam & gula

- Masak kelapa sehingga kering

#2 BUBUR JAGUNG SUSU

BAHAN-BAHAN:

2 cawan Isi jagung manis

1 Biji Gula melaka kecil

2 helai Daun pandan

1 tin Jagung tin (in cream)

3 cup Susu Goodday Pasteurized Milk

2 sudu besar Gula

½ cawan Santan

¼ sudu teh Garam

½ cup Sagu putih kecil

1 sudu the Esen vanila

CARA PENYEDIAAN:

- Masukkan jagung, daun pandan, gula melaka dan air ke periuk. Masak selama 5 minit.

- Masukkan susu Goodday, santan, gula, garam dan sagu.

- Masak atas api sederhana sambil kacau hingga bubur pekat & jagung lembut.

- Tambah esen vanila, kacau rata.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement