Sekilas
- Cik B, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, terkejut apabila gurauannya untuk memiliki peti ais di dalam bilik menjadi kenyataan.
- Dia berkongsi di Threads bahawa ibunya benar-benar membelikan peti ais tersebut untuk meletakkan makanan dan minuman di biliknya.
- Netizen tidak terkejut dengan tindakan DSV kerana mereka sudah biasa dengan kemampuan kewangan usahawan itu.
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mencuri perhatian selepas gurauannya untuk memiliki peti ais di dalam bilik kepada ibunya akhirnya menjadi kenyataan.
Menerusi perkongsian di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata dia tidak menyangka ibunya akan betul-betul membelikan peti ais tersebut untuk dirinya.
Katanya, pada asalnya dia hanya bergurau dengan ibunya kerana mahu meletakkan makanan dan minuman di dalam bilik.
“Semalam saya gurau dengan mama yang saya nak peti sejuk sebab nak letak air dan makanan kat bilik. Tengok-tengok dia betul-betul belikan,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Cik B turut memuat naik beberapa foto yang memaparkan pekerja sedang menghantar peti ais ke biliknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak terkejut dengan tindakan DSV memandangkan mereka mengetahui kemampuan kewangan usahawan berkenaan.
“Tak pelik pun Cik B. Kami lagi pelik sebab Cik B terkejut dengan gurauan mama.
“Mak kau kaya dik. Kau minta roket pun silap-silap ada depan rumah.
“Kau nak ada kolam renang dalam bilik pun mama bagi dik,” komen netizen.