Skip to main content

Selebriti

Gurauan Bertukar Serius, Shaza Bae Terkejut Rakan Tak Tahu Rukun Negara - "Dia Kata Tak Belajar Di Sekolah..."

Gurauan Bertukar Serius, Shaza Bae Terkejut Rakan Tak Tahu Rukun Negara - "Dia Kata Tak Belajar Di Sekolah..."

Sekilas

  • Pelakon Shaza Bae berkongsi pengalaman berdepan rakan yang tidak mengetahui lima prinsip Rukun Negara.
  • Individu tersebut mengaku tidak pernah belajar Rukun Negara semasa di sekolah.
  • Shaza menegaskan pentingnya pengetahuan Rukun Negara sebagai asas dan tanda hormat kepada negara.
Advertisement

Pelakon, Shaza Bae berkongsi pengalamannya berdepan seorang rakan yang tidak mengetahui mengenai Rukun Negara.

Bermula sebagai gurauan, Shaza mengakui terkejut apabila individu berkenaan dengan serius mengaku tidak mengetahui lima prinsip Rukun Negara.

Advertisement

Menurutnya, bukan sahaja individu tersebut gagal menyenaraikan Rukun Negara, malah turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah mempelajarinya ketika di bangku sekolah.

“Baru-baru ini, saya ada tanya seorang kawan untuk senaraikan Rukun Negara (sekadar gurauan ringan) dan tiba-tiba orang ini pandang saya dengan wajah yang serius dan dia kata dia tak tahu. Dia juga kata dia tak belajar di sekolah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shaza menegaskan bahawa pengetahuan mengenai Rukun Negara merupakan perkara asas bagi setiap warganegara Malaysia.

Malah, ia adalah salah satu cara menunjukkan rasa hormat dan kecintaan terhadap negara.

“Saya tak tahu nak rasa kesian ke apa, tapi saya rasa penting untuk kita sebagai warganegara Malaysia tahu benda asas macam ini. Penting sebagai cara kita hormat dan sayangi negara kita,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement