Skip to main content

Berita

Guru Direman Bantu Kes Siasatan Pelajar Tingakatan Satu Maut Dirempuh

Astro Gempak 373

Sekilas

  • Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman dua hari untuk siasatan kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau SMK Tanjong Mas, Kota Bharu.
  • Kemalangan berlaku apabila guru tersebut dipercayai tersalah tekan pedal minyak sebelum merempuh mangsa, yang meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Seorang lagi pelajar cedera parah dalam insiden itu dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Seorang guru wanita berusia 57 tahun direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pelajar perempuan di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu semalam.


Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, wanita itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.

Dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu, mangsa Nur Fatimatul Hawa Moha Azaudin, 13, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu guru wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Moha Azmir Damiri berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan dipercayai tersalah menekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa.

Insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab Il di sini.

Sumber: BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement