Berita
GV 3: Kedudukan Peserta & ‘Recap’ Komen Juri Malam Konsert Pertama
Konsert minggu pertama GegarVaganza musim ketiga (GV 3) sudahpun melabuhkan tirainya dan menyaksikan persembahan mantap kesemua peserta.
Bagaimanapun, Astro Gempak percaya penonton dan peminat setia pasti tertanya-tanya tentang kedudukan para peserta kegemaran masing-masing.
Untuk memenuhi permintaan anda dan tentunya memberikan yang terbaik buat pembaca Astro Gempak dan penyokong setia GV 3, kami akan ‘dedahkan’ kedudukan para peserta pada setiap minggu bersama komen juri tetap (untuk mereka yang kurang jelas atau terlepas bahagian ini!)
Pada konsert minggu pertama ini, 12 peserta telah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu hits masing-masing dan itu telah menyebabkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan Datuk Yusof Haslam pening kepala untuk memberi markah kepada mereka.
“Persaingan sengit dan amat sukar untuk kami memberikan markah kepada mereka. Peratusa markah mereka juga ‘dekat-dekat’ dan tidak banyak beza.
“Ya, minggu ini mereka ‘menyusahkan’ kami, tapi minggu hadapan kerja kami akan jadi mudah kerana mereka akan menyanyikan lagu orang lain bukan lagu ‘cari makan’ yang sudah dinyanyikan beribu kali,” seloroh Datuk Ramli MS ketika ditemui Astro Gempak.
Dalam pada itu, Siti Sarah telah dipilih sebagai pemenang Lagu Throwback Paling Menyengat’ dan membawa pulang rantai mutiara tajaan Raflesia bernilai RM5,000, Vaucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Siti Sarah – Jangan Kau Mimpi: “Sarah, you ni kecil-kecil cili api. Power habis. Menari, hafal lirik. Saya kagum.” – Datuk Yusof Haslam
2. Azharina – Elegi Sepi: “Kita nak yang kelainan. Awak tak sepatunya duduk di rumah dan tidak sepatutnya berhenti menyanyi. Awak tahu apa awak buat,” – Datuk Khatijah Ibrahim
4. Nora – Di Persimpangan Dilema: “Sangat mantap. Saya tak nak pertikaikan vokal kamu. Saya tunggu persembahan kamu minggu hadapan.” – Datuk Ramli MS
5. Rem – Semua Orang Tahu: “Saya terpukau hari ini, persembahan yang menarik. Awak masih bertenaga walaupun sudah 11 tahun tanpa album. Masih berbisa. Tahniah!” – Datuk Yusof Haslam
6. Shidi – Permaisuri: “Vokal kamu untuk penyanyi rock, sangat mantap. Saya harap untuk lagu lain prestasi itu harus dikekalkan.” – Datuk Ramli MS
7. Intan Sarafina – Kembali: “Fantastic! Inilah yang kita nak, kita nak dengar lagu dan nyanyian yang bagus.”
8. Zur Eda – Lama Tak Jumpa: “Kami terhibur dengan lagu ini dan tunggu persembahan kamu dengan lagu yang kamu tak pernah nyanyi. Yeah!” – Datuk Ramli MS
9. Elly Mazlein – Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan: “Menyanyi lagu sendiri memang bagus. Kita tunggu minggu hadapan, menyanyi lagu orang.” – Datuk Ramli MS
10. GMie – Tak Suka Tak Apa: “Awak mempunyai kekuatan vokal. Awak relax menyanyi dan boleh bertahan. Teruskan perjuangan,” – Datuk Yusof Haslam
11. Ameng – Sejiwa: “Ameng adalah seorang penyanyi yang boleh bawa apa sahaja lagu yang diberi dengan baik sebab mempunyai vokal yang amazing.” – Datuk Khatijah Ibrahim
12. Razis Ismail – Kepulangan: “You buka mulut, satu auditorium menyanyi! Anak-anak muda pun turut menyanyi sekali.” – Datuk Khatijah Ibrahim
Di bawah, Astro Gempak kongsikan video persembahan juara minggu pertama GV 3, Siti Sarah:
GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu kedua GV 3 bertemakan Memori Berkasih dan 12 peserta masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin